TIKTOK BUKAN PISAU BIASA, IA MENIKAM DENGAN CARA TERSENDIRI

Oleh: Abdul Hadi Jusoh
14 September 2020

Kita tidak boleh meletakkan metafora penggunaan TikTok dengan penggunaan PISAU, ianya kurang tepat. Kerana CARA BEROPERASI TikTok tidak sama dengan Facebook.

Jika di Facebook, selepas create akaun pertama news feed kita adalah kosong. Kitalah yang memilih kawan atau page, kitalah yang pilih apa yang akan dibaca, tonton, like, komen atau share. Global marketing mengistilahkannya sebagai AIDA (Awareness, Interest, Desire, Action). Istilah mudah adalah PSIKOLOGI manusia.

Dari sinilah robot pintar atau Artificial Intelligence (AI) bekerja bagaimana untuk menyusun dan menayangkan konten-konten berdasarkan PSIKOLOGI tadi, itulah yang dipanggil sebagai ALGORITHM (Algo). Dan inilah yang saya maksudkan CARA beroperasi.

Di Facebook, Algo menyusun content di NewsFeed berdarkan AIDA atau sesuai dengan tindakan seharian kita. Tapi TIDAK di TikTok.

Algo di TikTok turut menggunakan konsep yang sama, namun pada masa yang sama algo TikTok TETAP menayangkan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang kita minat, dan ini disebut secara rasmi oleh TikTok sendiri.

“TikTok is home to creators with many different interests and perspectives, and sometimes you may come across a video that isn’t quite to your taste.”

Konsep yang dibawakan adalah berbeza dari sosial media yang biasa kita gunakan, mereka ingin manusia bertukar budaya dan gaya hidup, sekalipun gaya hidup itu sangat bertentangan dengan moral dan akhlak kita.

Paparan utama selepas kita membuka aplikasi ini adalah “For You” yang terlebih dahulu ditayangkan sebelum “Following“. “For You” dan “Following” ini digerakkan oleh dua Algo yang berbeza. Algo Following menggunakan konsep yang sama dengan Algo di Facebook dan Instagram. Tapi berbeza dengan “For You“.

Di “For You“, algo TikTok akan menayangkan content sebagaimana apa yang dijelaskan pada keratan kenyataannya tadi. Algo ini membezakan TikTok daripada Facebook atau Youtube, sehingga menakutkan Facebook, Youtube, dan Twitter kerana keunikannya berjaya menarik pengguna secara mendadak dengan volume yang luar biasa.

Sekalipun kita follow semua akaun yang baik-baik, akan tetap dipaparkan content yang tidak baik walaupun ia sangat bertentangan dengan peribadi atau psikologi kita. Apa yang tidak baik tu ada pula algonya sendiri, berkait rapat dengan AIDA rakan kita, effect yang kita guna, hashtag, music yang kita guna dan lain-lain.

Saya ulang:

“SEKALIPUN KITA FOLLOW SEMUA AKAUN YANG BAIK-BAIK, AKAN TETAP DIPAPARKAN CONTENT YANG TIDAK BAIK WALAUPUN IA SANGAT BERTENTANGAN DENGAN PERIBADI KITA.”

Dan algo yang menayangkan content tidak bermoral inilah saya katakan ianya Pisau Yang Menikam Dengan Sendiri.

Ustaz A buka akaun TikTok, follow 50 akaun Islamik, tapi bahagian “For You” tetap menayangkan pada ustaz perkara yang tidak bermoral, secara bergilir-gilir dengan content Islamik, sedangkan ustaz tak pernah tengok benda-benda sedemikian. Bagaimana kalau bukan kumpulan ustaz atau anak muda? sSedangkan ustaz pun belum tentu teguh imannya apabila berhadapan dengan dosa mata.

Sebab itu saya TIDAK bersetuju usaha siapa saja mempromosikan TikTok, apatah lagi mengajak golongan da’ei buka akaun TikTok, kerana ia sekaligus menarik golongan baru yang tidak kenal dan besar mudharatnya.

Jika ianya strategi peribadi atau berprivasi, tanpa diumumkan kepada awam dengan tujuan mendidik jutaan pengguna TikTok sedia ada, dan video yang dihasilkan melalui TikTok hanya khas untuk siaran di TikTok bukan disebar ke media sosial yang lain, (kerana sebaran ke sosial media lain secara tak langsung mempromosikan TikTok kembali), maka pendekatan ini boleh DISOKONG dan DIPUJI.

Bersambung.

Credit: abdulhadi.my

Tinggalkan komen anda