SURAH AL-BALAD: MEMBINA NEGARA SEJAHTERA AL-MARHAMAH

Jika cintakan Negara dan tanah air melalui Quran, kita akan dapat menghayati Perjuangan Rasulullah yang bermula di tanah airnya, Mekah. Surah Al balad adalah surah makiyyah yakni surah yang diturunkan di Mekah dan ketika Nabi Muhammad SAW masih melakukan kerja dakwah beliau di bumi bagind dilahirkan.

Allah memulakan surah ini dengan bersumpah dengan nama Al Balad (negeri), iaitu tanah negeri atau watan di mana Nabi dilahirkan dan membesar, Makkah almukarramah. Namun, setelah menerima wahyu dari ALlah untuk menyempurnakan ISLAM yang dilupakan oleh penduduk Mekah, Nabi Muhammad SAW dimusuhi penduduk Mekah dan sehingga kepada mengharamkan dan menolak dakwah Nabi Muhammad SAW. Sedangkan mereka lupa, dengan syiar ISLAM yang ada, seperti Kaabah, bulan bulan haram, mereka sebenarnya lupa bahawa bumi Mekah yang mulia itu semata mata anugerah ALLAH swt. ALLAH mengistiharkan bahawa Nabi Muhammad adalah Halal untuk bumi Mekah walaupun Penduduknya masih menolak dakwah Nabi Muhammad SAW.

Bagaimana mereka semua, manusia yang menghuni Negeri mekah ini boleh lupa akan tuhan mereka, sedangkan Mereka, seluruh keturunan Manusia diciptakan oleh ALLAH swt. Sepanjang mereka hidup, mereka perlu berusaha dan penat lelah dengan kehidupan mereka. sememangnya itu semua tanda kekuasaaan dan penciptaan ALLAH swt.

 

Negeri Al Marhamah Yang Berdasarkan Iman

Ketika Indonesia sedang mencari dasar negara baru yang merdeka, pejuang pejuang bangsa mereka mencari cari cari idealogi mengisi asas kemerdekaan negara. Maka, berlakulah pertembungan idealogi membina negara. Ir Sukarno, mengemukakan fahaman Marhanaesme, yang dicedok dari sosialisme/komunisme untuk membina Indonesia merdeka. Marhanaesme dilaungkan untuk menarik minat seluruh golongan pekerja, petani, peladang dan golongan bawah mencari kebebasan dengan idealogi baru yang berjaya membebaskan Rusia dari cengkaman Feudalisme mereka. Namun begitu, idea tersebut tidak dapat diterima oleh ramai pejuang ISLAM terutama dari MASYUMI yang menyatukan kumpulan kumpulan pejuang ISLAM. Profesor Hamka, dalam tafsirnya, menyebut, Seorang Ulama Masyumi, Darwis Taib, menggali ibrah dari surah Al balad, lantas mengambil perkataan dari ayat 17, yang menyebut asas menghadapi cabaran untuk mendapat ganjaran kebaikan sebagai golongan Kanan, adalah dengan beriman dan berpesan pesan dengan al marhamah (sejahtera dan kasih sayang). Lantas disebut marhamisme untuk menggantikan perkataan marhanaesme yang dilaungkan oleh Sukarno dan penyokongnya.

Maka, kita di era menempuh pilihan PRU14 pada 9 May ini, boleh juga berfikir dengan berpandukan panduan ayat Allah ini. Kita mencari kebaikan dalam bernegara. namun jika beriman kepada ALLAH, kita percaya segala kebaikan yang mahu dikecapi, mesti diharungi dengan ujian dan halangan yang ada, dengan memulakan dengan langkah Iman dan bersabar dalam berpesan pesan mengajak manusia kepada naungan ALLAH swt.

Belajar dan mencontohi bagaimana Nabi Muhammad SAW membina Negara, dari keadaan tidak diterima di tanah air sendiri, sehingga akhirnya mengembalikan tanah airnya, iaitu Mekah, ke dalam kemulian ISLAM dan keagungan ISLAM.

 

Ahmad Hakimi Othman

 

Tinggalkan komen anda