RESPONS TERHADAP ARTIKEL: MISI UTAMA RASUL BUKAN UNTUK MENGISLAMKAN DUNIA?

“MISI UTAMA RASUL BUKAN UNTUK MENGISLAMKAN DUNIA?”

Saya ada terbaca semalam artikel bertajuk seperti di atas. Tak berapa sedap hati dengan tajuk dan olahan yg telah dibuat. Berikut adalah respon ke atas tulisan itu:

 

MISI UTAMA PARA RASUL IALAH UNTUK MENGAJAK MANUSIA BERIMAN KEPADA ALLAH

Berdakwah dengan maksud berusaha menyampaikan mesej Islam kepada seluruh manusia, pada hakikatnya ialah suatu usaha untuk mengislamkan manusia tetapi bukan dengan cara paksaan. Kalaulah mengatakan bahawa misi Rasul bukan untuk mengislamkan manusia, kenapakah mereka bersungguh menjalankan usaha dakwah sehingga sanggup berperang dan bermati-matian?

Berdakwah bermula dengan menganggap bahawa hanyalah Islam agama yg diterima di sisi Allah. Oleh sebab itu,

I. Kita berusaha untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia, kerana keselamatan dunia dan akhirat dengan Islam.

II. Kita mendidik anak-anak kita solat dengan cara dorongan dan pukulan ketika berumur 10 tahun.

III. Kerajaan boleh mengambil hukum agama sebagai asas dalam membuat peraturan kepada semua manusia. Contoh mengenakan syarat halal kepada semua jenis daging import, menghapuskan sistem mualamat riba dll.

IV. Menangkap orang Islam yang tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai.

Perbincangan perkara ini panjang, tetapi pada asasnya dakwah Islam bukan hanya berkembang dengan akhlak yg baik sahaja tetapi juga dengan kuasa politik yg berusaha membawa kebaikan kepada manusia. Mengaanggap tiada langsung paksaan dalam Islam akan membawa kepada anggapan bahawa sebarang hukum agama tidak boleh dijadikan asas dalam membuat undang2.

Kalaulah tujuan artikel “Misi utama Rasul bukan untuk mengislamkan” ialah sebagai saranan kepada orang Islam agar menunjukkan etika dan akhlak yg baik kepada seluruh manusia, itu amatlah digalakkan. Namun, harus awas sekiranya ada yg salah faham ia membawa kebebasan dalam beragama.

 

Dr. Muhamad Faisal

Tinggalkan komen anda