Rancangan Revolusi Hijau: Tanah Bertukar Tangan, Duit Tidak Ketahuan.

Rancangan Revolusi Hijau: Tanah Bertukar Tangan, Duit Tidak Ketahuan.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang tertubuh 2008 mewarisi bekas bekas dan rancangan kerajaan sebelumnya seperti Rancangan Revolusi Hijau(RRH) yang melibatkan tanah di Puncak Alam dan mukim Ijok sejak 1973. Kesan pertukaran Kerajaan 2008, didapati bahawa RRH telah bertukar tangan dan terlibat pula dalam projek terbengkalai yang melibatkan ramai pembeli rumah dan peserta Ladang Bukit Cherakah Nominee Sdn Bhd(LBCN) yang diperbadankan menjadi syarikat.

Isu ini menjadi perhatian MB Selangor waktu itu untuk diselesaikan. Penyelesaian kes tersebut menjadi isu Besar apabila pemilik baru LBCN, Dato Paduka Khairuddin Abu Hasan menyaman MB Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor. Namun kes itu dimenangi MB Selangor pada penghujung 2013.

Walaubagaimanapun, berikutan pembangunan pesat yang sedang berlaku di sekitar puncak Alam dan melibat tanda tanya tentang status tanah yang menjadi pertikaian tersebut.

Oleh itu, Sebagai Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor, merasai derita panjang yang terlibat, ingin sekali menginginkan jawapan Menteri Besar Selangor, Dato Azmin Ali berkenaan kes yang berkaitan ini. Dimaklumkan kepada kami, bahawa pemilikan tanah telah bertukar tangan dan masih lagi peserta peserta RRH tidak mendapat pembelaan sepatutnya.

Bagi Saya sebagai yang melihat Isu ini. Seolah olah Kerajaan masih memperjudikan nasib rakyat dengan bertoleransi dengan kapitalis kapitalis yang mengambil untung mudah hasil ekploitasi undang undang dan juga permainan politik.

Harapnya, kami mendapat penjelasan sebenar dari Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ahmad Hakimi Othman.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasa Kuala Selangor.
28 April 2017
1 Syaaban 1438H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *