PRU 15: PASTIKAN TIDAK MEMPROMOSIKAN JENAMA TANPA PRODUK

Kaedah promosi kempen PRU tak jauh beza dengan kaedah promosi produk. Saya sebagai orang politik dan dalam masa yang sama saya juga adalah peniaga dan graduan syariah, jadi saya dapat rasakan banyak persamaan antara kempen produk dan kempen PRU.

Dalam kempen produk ramai menggunakan strategi Marketing Funnel dan kajian Market Centric atau Customer Centric. Mungkin agak panjang jika nak berceloteh tentang Market Centric; customers bottom up approach dan markets top down approach. Juga agak berleretan jika nak diterangkan bagaimana cara Marketting Funnel memperkenalkan produk kepada pelanggan yang tak pernah kenal, kemudian berjinak dan seterusnya “ketagih” produk kita.

Kesimpulan mudah yang saya nak fokuskan dalam tulisan kali ini ialah kempen sesuatu jenama perlu di dahului oleh kempen produk yang baik dan sesuai dengan keperluan pelanggan. Bila anda sudah memahami keperluan pelanggan seperti pelanggan yang mahukan makanan sihat untuk anaknya berumur 5 tahun, maka anda perlu memilih salah satu produk daripada jenama yang anda jual bersesuaian dengan keperluan pelanggan tersebut. Jika anda wakil penjual nestle sebagai contoh, maka anda akan kemukakan kepadanya produk Lactokid Comfort dan berkempen tentang khasiat serta kebaikan kandungannya untuk kanak-kanak. Selepas itu anda akan sambung lagi kempen bahawa produk Lactokid Comfort adalah keluaran Nestle, satu jenama yang dikeluarkan oleh syarikat antarabangsa yang diiktiraf dunia. Tunjukkan bukti, kesan-kesan positif di sebalik produk tersebut dan kemudiannya berikan rujukan supaya pelanggan mengetahui lebih mendalam tentang maklumat berkaitan. Cara sebegini barulah pelanggan baru akan berminat dan seterusnya menjadi pengguna produk yang tegar.

Tanpa menyelidiki apakah keperluan pelanggan anda dan terus berkempen kebaikan jenama Nestle, pembuatannya, cara pengilangannya, sejarahnya, negara pengeluarnya berdasarkan kesukaan anda kepada produk Nestle, maka pelanggan itu hanya akan mendengar sekadar mengambil hati anda, tapi produk anda tidak akan mendapat sambutan sekaligus jenama anda juga akan lenyap akhirnya. Pelanggan anda yang sedang mencari makanan sesuai untuk anaknya tidak tahupun sebenarnya jenama Nestle yang anda sedangkan ceritakan kepadanya mempunyai produk yang memenuhi keperluan yang sedang dicari-carinya.

Begitulah gambaran yang saya ingin utarakan dalam strategi kita berhadapan dengan PRU 15. Jika kita asyik mempromosikan Islam sebagai agama yang adil untuk semua tanpa menyebut bagaimana Islam menyelesaikan masalah, sampai bilapun orang tidak berminat dengan Islam yang kita tawarkan.

Sebagai contoh, hasil kajian menggunakan kaedah Market Centric didapati kemelut hutang terutamanya hutang rumah dikenal pasti sebagai keperluan paling utama rakyat hari ini. Step selepas itu perlu dilihat produk-produk Islam yang dapat menyelesaikan masalah ini. Setelah dikenal pasti punca masalah harga rumah yang mahal akibat demand and suply yang tidak seimbang, maka produk Islam yang boleh menyelesaikan krisis ini ialah pengharaman Hima, perlaksanaan sistem Ihya dan Iqta. Maka, istilah-istilah teknikal yang berat ini perlu diringankan dalam bentuk manifesto yang mudah difahami. Dari sini timbul senagaimana contoh tawaran pemilikan tanah percuma kepada rakyat sebagaimana kerajaan PAS Terengganu lakukan pada tahun 1999-2004 di mana sebanyak 50,000 lot tanah diagihkan kepada rakyat secara percuma.

Jika kita hanya menceritakan kepada masyarakat bahawa masalah hutang rumah anda hanya dapat diselesaikan dengan Islam kerana Islam adalah agama yang baik, dicipta oleh Allah swt sebagai tuhan yang maha bijaksana, Islam adalah penyelesaian dan bla bla bla, waktu itu pelanggan tidak berminat dengan anda tetapi bukan kerana tidak berminat dengan Islam justeru kesilapan anda ialah berkempen jenama kepada pelanggan yang sedang perlukan produk penyelesaian kepada masalah mereka.

Jika anda terus dengan cara mempromosikan jenama tanpa memperkenalkan produk-produk yang baik secara detail, maka pelanggan tetap anda hanya yang sudah sedia tahu dan berminat dengan jenama anda. Dalam kontek politik, yang menyokong dan mendokong kita hanyalah golongan masjid dan surau dan golongan yang terdedah dengan kesedaran agama sahaja. sedangkan market kita lebih luas meliputi segala jenis jenis muslim, segala jenis bangsa dan kepelbagaian agama. Keperluan pelbagai golongan ini sebenarnya sudah disediakan produknya oleh kitab-kitab fekah kita yang bersumberkan Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak dan Qias. Tinggal tugas kitanya ialah untuk meletakkannya di dalam pakej yang baik, tersusun dan senang difahami oleh customer kita.

Mudah-mudahan, projek Dokumen Hijau, WINS dan BPMS bukan langkah yang berakhir pada PRU14, tetapi ia adalah langkah awal untuk memperbanyakkan pakej produk kita untuk kita marketkan kepada masyarakat menuju PRU15.

 

Zaharudin Muhammad Al-Faqeeh

Tinggalkan komen anda