PLURALISME MENGANCAM AQIDAH UMAT ISLAM MALAYSIA

Pluralisme merupakan satu ideologi yang lahirnya dari sekularisme. Pluralisme adalah satu fahaman yang menyamakan semua agama adalah benar dengan menganggap masing-masing agama adalah menuju tuhan yang satu. Bahayanya penyakit pluralisme ini kerana akan menggalakkan lagi gejala murtad yang makin mendapat tempat bagi pejuang-pejuang islam liberal dan sekutunya di negara kita ini.

 

CAK NUR PELOPOR FAHAMAN PLURALISME DI INDONESIA

Nurcholis Madjid atau lebih dikenali dengan gelaran Cak Nur merupakan tokoh Liberal di Indonesia. Cak Nur memberikan gambaran semua agama ini ibarat roda iaitu dengan menganggap jejari roda yang banyak masing-masing menuju satu titik tengah dalam usaha beliau menyebarkan pengaruh pluralisme.

“Ibarat roda, pusat adalah Tuhan dan jari-jari itu adalah jalan dari berbagai agama. Filasafat perenial juga membagi agama pada level esoterik (batin) dan eksoterik (lahir). Satu agama berbeda dengan agama lain dalam level eksoterik tetapi relatif sama dalam level esoteriknya. Oleh karena itu, ada istilah “Satu Tuhan Banyak Jalan.” [Dr. Ugi Uharto, Pemikiran Islam Liberal m/s 16-17]

 

PENDIDIKAN INDONESIA DICEMARI IDEA PLURALISME

Pluralisme yang berlaku di Indonesia bukanlah melalui demonstrasi jalanan tetapu pluralisme merosakkan anak-anak di Indonesia dengan menyeludup masuk fahaman ini dalam pendidikan. Lebih malang fahaman ini bukanlah masuk di peringkat Universiti tetapi diseludup masuk bermula dari sekolah rendah dengan bermatlamat melahirkan muslim yang pluralis.

Hasil daripada kes ini telah menjadikan perkahwinan berbeza agama di Indonesia sebagai contoh merupakan satu perkara biasa sedangkan perkara ini adalah ditegah di dalam ajaran islam itu sendiri. Perkara ini boleh berlaku kerana telah rosaknya akidah umat islam itu sejak dari kecilnya sehinggakan perkara yang melibatkan syariah turut serta rosak.

 

ANCAMAN PLURALISME DI MALAYSIA

Sejak kebelakangan ini, kita dapat mengikuti pelbagai isu yang cuba membawa idea pluralisme ke dalam minda masyarakat kita. Pernah disuarakan oleh seorang pemimpin BERSIH, Clement Chin untuk membenarkan perkahwinan merentas agama sepertimana yang berlaku di Tunisia dengan menyarankan untuk dikaji semula teks-teks agama bersesuaian dengan perubahan masa.

Climent Chin ini adalah pendakyah Kristian yang pernah terlibat di dalam kerja-kerja meletakkan bible dalam laci-laci hotel di Malaysia.

 

PERINGATAN BUAT MASYARAKAT TERUTAMA IBU BAPA

 Sekiranya kita memerhatikan perperangan ideologi ini, apa sahaja yang berlaku di Indonesia pasti akan diikuti penggerak-penggerak ideologi sesat di Malaysia. Berikutan perkembangan semasa dengan keadaan majoriti di Parlimen amat membimbangkan, tidak mustahil suatu masa nanti akan diracuni pemikiran anak-anak dengan dimasukkan silibus-silibus pembelajaran berkenaan agama lain seperti di Indonesia.

Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia perlu sedar akan ancaman akidah yang amat membahayakan ini walaupun agak terlewat. Para ibu bapa perlu memperkuat ilmu terutama ilmu ideologi (Ulamak Kontemporari Menganggap Ilmu Ini Adalah Ilmu Fardhu Ain) untuk mendidik anak-anak mengenal ancaman ini agar akidah anak-anak di masa hadapan terjaga dan selamat daripada terus menjadi mangsa murtad.

 

Asyraf Hanif

22 Jun 2018

Tinggalkan komen anda