PERANCANGAN BARAT: ISLAMIST, SECULARIST, LIBERAL MUSLIMS, TRADITIONALIST

Penguasaan Ilmu

Said Hawwa menyebut di dalam kitab Jundullah, 13 ilmu penting yang perlu dikuasai umat Islam antaranya ilmu perancangan jahat musuh-musuh islam terhadap islam.

Penguasaan ilmu ini penting sebagai satu usaha untuk membentuk minda pada landasan kebenaran dan tidak terikut dengan penguasaan pemikiran cara barat yang diprojekkan musuh-musuh Islam.

 

Badan Pemikir Barat

Barat sibuk merencanakan pelbagai kajian dan wacana bagi membincangkan secara serius berkenaan kebangkitan umat Islam yang merisaukan mereka seterusnya mereka akan mencipta propaganda bagi membentuk pemikiran masyarakat dunia agar menjadi pro-Barat.

Suntikan dana turut diberikan oleh kerajaan kepada badan pemikir mereka bagi merangka kertas kerja yang akan menjadi panduan bagi berhadapan dengan kebangkitan gerakan Islam seluruh dunia. Bahkan, mereka juga turut memberikan suntikan dana kepada proksi-proksi mereka supaya menjayakan agenda mereka ini.

Antara badan yang melaksanakan projek ini:

  1. RAND Corporation
  2. Brooking’s Institute
  3. The National Endowment for Democracy (NED) – Supporting Freedom Around The World

Mereka turut mendedahkan kertas kerja dan wacana mereka secara terbuka di laman web mereka dan di youtube. Namun begitu, kita terus tidak sedar dengan ancaman ini.

 

Teman Rapat Barat

Barat memerlukan proksi bagi berhadapan dengan kebangkitan gerakan Islam seterusnya menjayakan agenda mereka. Di dalam buku, Building Muslim Democrating World tulisan Cheryl Bernard. Mereka menyatakan perlu mencari teman bagi menentang gerakan Islam:

“West can find partners in the effort to combat Islamist Extremism, potential partners:

  1. Secularist
  2. Liberal Muslims
  3. Moderat Traditionalist-Sufis”

 

Secularist

Pengamal sekular percaya bahawasanya urusan agama dan politik perlu dipisahkan. Barat mengetahui bahawasanya, pengaruh sekular semakin lemah dan tidak mendapat tempat di dalam negara Islam kerana kebangkitan gerakan Islam.

Oleh itu, Barat mencari alternatif sekular kepada islamisme dengan membuat sedikit perubahan seperti berikut:

  1. Liberal Secular = Mereka menyokong undang-undang sekular dan institusinya tetapi berperwatakan Islam
  2. Anti Clericalist = Larangan beragama secara terang-terangan seperti yang berlaku di Perancis, Turki dan Singapura
  3. Authoritarian Secularist = Pemerintah sekular seperti Ba’athist, Nasserites, Neo Komunis dan lain-lain.

 

Liberal Muslims

Barat melihat Liberal Muslims merupakan alternatif terbaik untuk menjadi proksi baru mereka.

Ciri mereka dilihat seperti modernist dan mereka memperjuangkan nilai teras Islam kepada keharmonian dengan Istilah barat. Persamaan mereka dengan Sekular ialah mereka merupakan musuh kepada syariah dalam undang-undang.

Sifat mereka dilihat jelas:

  1. Mereka mengatakan nilai teras Islam selari dengan demokrasi barat (kebenaran diukur daripada majoriti bukan daripada nas)
  2. Mereka menyokong pluralisme, human right dan hak kebebasan individu (masyarakat tidak boleh terikat dengan agama kerana pengamalan agama ialah hak individu)
  3. Mereka bermusuhan dengan konsep Negara Islam kerana bagi mereka negara mestilah demokratik dan syariah mengongkong kebebasan bermanusia.
  4. Ahmad Syafii Maarif mengatakan, tiada ayat di dalam al-Quran yang menceritakan tentang negara Islam.
  5. Perundangan syariah adalah tidak relevan kerana syariah ketinggalan zaman – “Sharia is a product of the historical circumstance of the time of its creation”.
  6. Mereka bersetuju, Islam perlu berubah.

 

Moderate Traditionalist & Sufis

Barat sedar pengaruh traditionalist & sufis dalam sistem pembelajaran agama di negara Islam. Mereka ini dieksploitasi oleh barat agar sentiasa dibangkitkan perbincangan khilafiyyah dalam kalangan umat Islam.

Persamaan kelompok ini dengan sekular dan liberal ialah mereka akan membela sekular. Seterusnya, mengkhayalkan umat dengan perbincangan cabang yang membawa kepada perpecahan umat seterusnya menyerang gerakan Islam dengan isu-isu picisan.

 

Sokongan Barat Pada Proksi (Moderat & Liberal)

Barat menyenaraikan jenis bantuan sokongan dan fokus yang perlu diberikan kepada proksi mereka:

  1. Sokongan pada ahli akademik muslim yang sekular dan liberal.
  2. Sokongan pada Young Moderate Clerices (Para pendakwah baru yang bersikap sederhana).
  3. Sokongan pada aktivis komuniti yang mempromosikan Human Rights dan Pluralisme.
  4. Sokongan pada kumpulan wanita (Women’s Group) yang mempromosi fenimisme & kesemarataan jantina.
  5. Penulis (Journalist, Writers & Communicators).
  6. Pendidikan demokratik yang mengunakan teks dan cara pembelajaran Islam tetapi mempromosikan kesederhanaan, demokratik dan pluralisme dalam pembelajaran (Democratic Education).
  7. Media (mengambil modal relatif Indonesia).
    1. Rancangan radio mingguan berkenaan Jaringan Liberal Muslim, “Agama & Toleransi” yang mempromosikan pluralisme. Capaian pendengar sebanyak 5 juta pendengar melalui 40 radio berbeza.
    2. Rancangan “Talkshow On Islam & Pluralisme” secara bulanan yang mencecah 400,000 penonton di Yogjakarta.
      Memberi sokongan kepada aktivis kesamarataan gender.
  8. Advokasi Polisi/Undang-Undang
    1. Moderat akan berkempen berkenaan salah laku undang-undang. Menyokong kumpulan hak asasi manusia bagi membentuk persekitaran politik dan undang-undang yang mempercepatkan proses perkembangan masyarakat demokratik.
  9. Regional Focus
    1. Bagi menjayakan agenda ini, Barat diminta untuk memberi fokus secara khusus kepada setiap kawasan dan region umat Islam. Tidak hairan harini, di Malaysia juga ada pemantau politik daripada barat seperti Sarawak Reports, Bridget Welsh dan lain-lain.

 

Tokoh Yang Membantu Barat

Disebut juga di dalam buku ini, tokoh-tokoh yang membantu barat dalam menjayakan kertas kerja RAND iaitu:

  • Malaysia
  1. Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR
  • Indonesia
  1. Syafii Maarif
  2. Abdul Mu’ti
  3. Azyumardi Azra
  4. Ulil Abshar Abdalla
  5. M. Syafii Anwar
  6. Jusuf Wanandi
  7. Rizal Sukma
  • Singapura
  1. Tommy Koh
  2. Sue Ann Lee
  3. Suzaina Kadir
  • Filipina
  1. Carolina Hernandez
  2. Amina Rasul
  3. Carmen Abubakar

 

Waspada Umat

Begitu teliti perancangan barat bagi mengekang kebangkitan umat Islam. Tidak hairan harini, bagaimana proksi ini mendapat tempat dalam arus populisme demokrasi harini.

Oleh itu, sangat penting untung kita beriman dengan firman Allah SWT bagi memahami hakikat pertembungan pada hari ini ialah pertembungan akidah.

Surah Al-Baqara, 120:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Surah Al-Baqara, 121:

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَمَن يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

“Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”

Justeru itu, kita umat Islam mesti sedar dan waspada dengan ancaman ini. Usah terus lena dibuai mimpi dikala rumah sendiri sedang marak terbakar. Lagi sedih, kita menjadi boneka mereka tanpa kita sedar.

Sesungguhnya, waspada ialah hikmah terbesar yang hilang daripada umat harini.

 

Fiqri Zurani
27 Mei 2018

Tinggalkan komen anda