Pengenalan

Aluan Ketua Editor.

Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang memuliakan kita semua sebagai insan yang berakal dan diberi rahmat hidup di dunia ini. Selawat dan selamat kepada Rasul kita, Nabi Muhammad SAW, Nabi Akhir zaman yang telah membawa sinar cahaya untuk alam ini.
Saya amat bersyukur kepada ALLAH dan berbesar hati untuk memulakan portal ini, Alasolahpost.com sebagai sebuah platform yang akan menyediakan maklumat maklumat penting tentang perkembangan ISLAM di Malaysia dan juga DUnia Islam. Sebagai Ketua Editor, suka untuk saya ingin menjelaskan kenapa kami bersemangat untuk muncul sebagai portal yang berinformasi. Kami ingin mengisi ruang ruang yang masih ada dan menyumbang kepada umat dengan perkongsian ilmu dan maklumat yang diadunkan dengan amanah dan berpandukan Islam yang telah menyediakan dua dasar iaitu AL Quran dan As Sunnah.

Bagaimana Kami Beroperasi?
Setakat ini, kami beroperasi secara percuma dan sukarela. Namun begitu, kami sangat mengalu alukan sumbangan daripada pembaca dan penyumbang yang ingin menyumbang kepada kami melalui infaq dan sedekah media. InsyaAllah dari semasa ke semasa kami menyediakan akaun untuk kemudahan infaq dan waqaf media.
Kami juga akan mengeluarkan buku dan monograf monograf yang sesuai untuk diedarkan sebagai sumber kewangan perjalanan portal ini. Maka, sokongan dari pembaca pembaca sekalian adalah dialu alukan sentiasa.

Siapa Kami dan yang bersama kami?

InsyaAllah kami akan disertai oleh penulis penulis yang akan menyumbang ilmu dan idea mereka untuk mengupas isu semasa dan memberi panduan ISLAM. Kebanyakan penulis penulis kami berlainan latar belakang, dari jurnalis yang berpengalaman, ahli akedemik, aktivis aktivis ISLAM dan juga menerima penulis penulis tamu yang sedia menyumbang tulisan dan panduan.

Akhir kata, saya mengalu alukan semua untuk menerima kami sebagai sebahagian hidup pembaca sebagai tempat perkongsian maklumat dan mendapatkan ilmu yang benar. Sokongan daripada sahabat sahabat pembaca akan menguatkan kami untuk meneruskan portal ini.

Yang benar,
Ahmad Hakimi Othman