PENGENALAN RINGKAS 3 TOKOH BESAR ALIRAN FALSAFAH BARAT

Oleh: Mohamad Amirul Hidayat Bin Ali
15 April 2020

SIGMUND FREUD

Beliau berasal dari keturunan Yahudi, kedua ibu bapanya juga Yahudi. Beliau merupakan seorang ahli pemikir dalam Ilmu Psikologi.
Hidup pada tahun 1856 – 1939.

Freud merupakan pengasas aliran psiko-analisis. Beliau pernah menjalankan kajiannya yang berkaitan dengan pencegahan penyakit psikologi, histeria ketika tidur bersama Josef Breur (seorang ahli fizik).

Aliran pemikiran yang dibawa oleh Sigmund Freud bersifat menolak kewujudan tuhan dan kepercayaan terhadap perkara ghaib. Dalam masa yang sama, Freud juga menggalakkan hubungan seks secara bebas.

Freud merupakan ilmuan yang dilantik menjadi pimpinan awal bagi gerakan rahsia Yahudi. Kecerdasan beliau dimanfaatkan oleh Yahudi untuk memimpin dan menjatuhkan Islam secara terperinci.

CHARLES DARWIN

Kelahiran British. Hidup pada tahun 1808 – 1882. Pernah mengambil pengajian di bidang kedoktoran (medik) namun beliau tidak menghabiskan pengajian tersebut, Darwin menukar bidang pengajiannya ke jurusan teologi dan mengkaji alam kehidupan.

Antara tulisannya yang terkenal ialah On the Origin of Species (Asal Usul Spesis Kehidupan) yang dicetak pada tahun 1859. Karya tersebut menjadi satu cetusan hebat di dunia barat kerana teorinya dianggap bercanggah dengan pandangan majoriti ketika itu.

Kemudian pada tahun 1874 beliau menulis sebuah buku yang bertajuk Asal Usul Manusia. Beliau dikenali sebagai pemula bagi teori evolusi kejadian alam.

EMILE DURKHEIM

Beliau adalah seorang Yahudi yang berasal dari Perancis. Hidup pada tahun 1858 – 1917. Durkheim adalah seorang guru di Sorbonne, Perancis.

Durkheim dikenali sebagai pelopor ilmu sosiologi moden selepas berakhir zaman ahli falsafah yang bernama Auguste Comte (1798-1857). Namun, dalam dunia Islam kita mempunyai tokoh sosiologi yang lebih awal iaitu Ibnu Khaldun, tahun 1332 – 1406.

Aliran pemikiran beliau di dalam ilmu sosiologi sangat terkesan dengan falsafah Comte dan pada awalnya Durkheim dilihat sealiran dengan Comte, namun selepas itu beliau bertukar menjadi pengkritik Comte.

Durkheim juga merupakan pimpinan awal bagi gerakan rahsia Yahudi, sebaris bersama Sigmund Freud.

Aliran pemikiran beliau banyak bertujuan untuk menghancurkan agama dan akhlak malah menolak kepercayaan kepada tuhan dan perkara ghaib.


Ini hanyalah coretan ringkas berkaitan tokoh-tokoh Barat yang memusuhi Islam dan mereka merancang dengan penuh teliti. Setiap sudut kehidupan umat Islam kini tidak terlepas dari cengkaman barat untuk disesatkan.

Tujuan coretan ini hanyalah untuk mengenali kejahatan dan ancaman musuh agar kita semua sentiasa berjaga-jaga. Ada ramai lagi tokoh falsafah barat yang boleh dikenali dan dibaca peranan mereka dalam menghancurkan kehidupan umat Islam.

Antaranya tokoh sesat yang tidak asing lagi, namanya sering kita dengar iaitu Niccolò Machiavelli. Boleh lihat tulisan Ustaz Abdul Mu’izz Muhammad:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2311869338843829&id=100000623571778

Antara nama lain tokoh-tokoh sesat yang boleh kita baca ialah Auguste Comte, Herbert Marcuse, Jean Paul Sartre, Karl Marx, dan lain-lain.

Nama-nama ini ada dimuatkan oleh Sheikh Abdul Rahman Hasan Habannakah Al-Maidani di dalam bukunya Kawasyif Az-Zuyuf, juga disertakan bersamanya aliran pemikiran mereka yang sesat dan hujah penolakan menurut sisi pandang Islam.

Semoga kita juga bercita-cita tinggi dan berusaha bersungguh-sungguh menambah dan mendalami ilmu bagi memenangkan agama ini. Sesungguhnya agama ini akan tertegak dengan ilmu, akhlak dan iman yang jitu.

Dan janganlah kamu lemah hilang semangat dalam memburu musuh itu kerana kalau kamu menderita sakit maka ingatlah sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu, sedangkan kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(Surah An-Nisa’ 104)

Salam subuh dari Hayyu ‘Asyir, Kaherah. Selamat berPKP!

Tinggalkan komen anda