Melihat Konflik Timur Tengah Daripada Panduan Quran.

Melihat Konflik Timur Tengah Daripada Panduan Quran.

 

Masing masing yang menilai timur tengah banyak berpandukan pendekatan golongan realist atau sekadar penilaian pada zahiri semata mata. Dan pastinya ukuran tersebut akan diukur berdasarkan nilaian kebendaan dan kepentingan kepentingan yang melibatkan duniawi semata mata. Adapun yang dikaitkan dengan agama atau Islam, hanya sebagai faktor yang sentimental dan nilai tambahan sahaja.
Islam menyediakan pandangan syumul dalam memahami konflik timur tengah. Apa yang berlaku telah digambarkan dalam Al Quran al Kariim. Maka, ada baik umat yang mencari penyelesaian, atau sekurang kurang memahami konflik yang berlaku melihat daripada sumber Islam itu sendiri.

 

ISRAEL, YAHUDI dan Zionisme.

 

AL Quran dan Seerah Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan bakal cabaran kepada umat Nabi Muhammad SAW. Sebelum berhijrah ke Yathrib dan membuka Madinatul Munawwarah, Nabi diwahyukan dua surah cukup terkenal iaitu surah Al Isra’ (Bani Israel) yang menunjukkan peristiwa Isra’ Mikraj dan juga surah Al Kahfi sebagai surah yang panduan menghadapi fitnah akhir zaman kepada Umat Nabi Muhammad Saw. Kedua dua surah ini, memberikan gambaran cabaran yang akan dihadapi oleh Umat Nabi Muhammad berkenaan dengan golongan yang mendakwa diri mereka keturunan Bani Israel, Ahli Kitab dan akhirnya dilabel Oleh ALLAH sebagai Yahudi dan Nasara kerana kesyirikan mereka dan amalan amalan mereka yang banyak menyalahi ajaran ajaran Israel dan ahli kitab mereka sendiri.
Malah, tentang Bani Israel, ALLAH menjelaskan bahawa mereka akan melakukan dua kerosakan di bumi. Ia pada ayat,

 

وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إسْرائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا (الإسراء: 4).

Mafhum: Telah kami tentukan takdir kepada Bani Israel pada AlKitab, Mereka akan melakukan kerosakan di bumi dua kali dan bertindak melampaui batas dengan dengan kesombongan yang cukup besar.

 

Ulama mengupas ayat ini seperti Syeikh As’ad bayudh Attamimi bahawa Bani Israel akan melakukan kerosakan dalam sejarah mereka sebanyak dua kali, dan selepas mereka melakukan perkara tersebut, mereka akan dihina oleh ALLAH. Ulama berselisih pendapat tentang bila yang pertama kali berlaku, adakah samaada dalam peristiwa Bukhtanessar menjarah Palestine 2000 tahun dahulu ataupun pengistiharan AL Hasyr, pengusiran Yahudi dari peperangan Bani Nadhir di zaman Nabi Muhammad saw. Tokoh Ilmu Akhir zaman seperti Syeikh Imran Hosein, juga mengupas tentang Nasib Bani Israel dari sudut penafsiran ayat ini.

 

Penghinaan kedua kepada Bani Israel yang melakukan kerosakan selepas diberi kuasa, pastinya berlaku pada akhir zaman apabila mereka semua yang tidak beriman akan diburu oleh hamba hamba ALLAH setelah bangkitnya Imam Mahdi dan Nabi Isa as yang banyak disebut dalam riwayat hadis hadis Nabi tentang peristiwa akhir zaman.

 

Quran menyebut tentang hakikat bahawa Nasara dan Yahudi tidak akan redha kepada Umat yang beriman kepada ALLAH. Disebut dalam ayat 120 surah Al Baqarah dan juga larangan mengambil mereka sandaran dan penolong dalam ayat 51 surah almaidah. Soalnya, apakah hakikat sebenar Yahudi dan Nasara dalam kehidupan kita mutaakhir? Apakah ALLAH melarang muamalat dengan Yahudi, sedangkan Nabi SAW juga menjalinkan hubungan dengan mereka? ataupun apakah ALLAH melarang hubungan dengan Nasara sedangkan Nabi juga menjalinkan hubungan dengan mereka? Maka, perlunya mengenal Nasara dan Yahudi dari sisi panduan Al Quran.

 

YAHUDI DAN NASARA BERGANDINGAN MEMUSUHI ISLAM.

 

ALLAH memberitahu orang beriman tentang sikap Yahudi Dan Nasara terhadap mereka pada ayat 120 surah AL Baqarah,

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنْ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنْ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ (البقرة: 120).

 

Pada ayat 51 Surah Al Maidah pula, ALLAH larang mengambil mereka pendokong dan penasihat dan tempat bergantung.

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (المائدة: 51)

 

Boleh difaham dari dua ayat ini adalah yang dilarang dan diberi peringatan berkenaan pakatan Yahudi dan Nasara untuk memerangi ISLAM. Maka atas sebab itu, untuk hal hal kehidupan biasa, tiada masalah bermuamalat bersama salah satunya dalam urusan kehidupan. Namun, sekiranya mereka berpakat dan berpadu, maka umat ISLAM perlu ingat kembali peringatan ALLAH ini.

 

YAHUDI DAN NASARA TIDAK PERNAH BERGANDINGAN SECARA KUASA SEBELUM LAHIRNYA GERAKAN ZIONIS.

 

Dalam sejarah tamadun Manusia selepas Zaman Nabi Muhammad SAW belum pernah wujud pakatan Kerajaan antara Yahudi Dan Nasara sehingga wujudnya Gerakan Zionis pada tahun 1897 di Basel, Switzerland yang telah melantik Theodore Hertzel sebagai pemimpin mereka. Selepas 50 tahun Perikatan Zionis tersebut, lahirlah Negara Haram Israel pada 1948. Sejak Muncul Negara haram Israel. Kita melihat kerjasama yang erat antara Nasara dan Yahudi yang kita kenali pergerakan mereka hari ini sebagai Gerakan Zionis. Samaada Zionis Yahudi atau Zionis Kristian yang melibatkan gerakan Evangelical Kristian yang ada di Amerika di bawah Payung Kristian Protestant dan fundamentalisnya.

 

Ternyata ayat 51 surah Al Maidah adalah Mukjizat untuk zaman ini. ALLAH melarang orang beriman mengambil Yahudi dan Nasara sebagai Pemimpin, tetapi di zaman Nabi dan para sahabat ia tidak berlaku dalam soal politik ISLAM melainkan sebahagian kecil penyusupan Yahudi yang melakukan kerosakan seperti Abdullah Bin Saba yang memecahkan Umat ISLAM melalui kesesatan Syiah Assabaiah yang digerakkannya.

Keadaan yang diingatkan ALLAH, berlaku di zaman kita ini. Tindakan Pemimpin Pemimpin Arab memberi kepercayaan kepada Yahudi dan Nasara dalam kepentingan negara negara mereka telah bermula sejak rancangan meruntukan Kerajaan Uthmaniyyah yang dikenali sebagai The Sick Man of Europe.

 

SYKES PICOT Dan Pemetaan Timur Tengah, Era Bermula Pemimpin Arab bergantung kepada Pakatan YAHUDI NASARA.

Perjanjian Sykes Picot yang dimeterai secara rahsia oleh Britsih dan Perancis pada 1915 menunjukkan era bermulanya Umat ISLAM di Timur Tengah memasuki perangkap fitnah Yahudi Nasara. Maka, ketika itu, Umat ISLAM mula pecah dengan sengketa Mazhab, bangsa dan juga sempadan negara. Orang Arab melakukan Revolusi pertama dengan benderanya dilukis Oleh Sir Sykes yang juga Menteri Luar British yang berketurunan Yahudi. Akhirnya Palestine dirampas dari penguasaan Turki dan dijaga oleh Mandat BRITISH dan The League Of Nation yang diasaskan oleh negara negara penjejah eropah.

Selepas Berjayanya Revolusi Arab 1917 memecahkan Empayar Islam, orang orang Arab yang terlibat seperti keturunan Sharif Hussain dan Puteranya Faisal, Abdul Aziz ibn Al Saud, dan yang lain diberi kedudukan masing masing di tempat tempat yang telah dipetakan oleh Perjanjian Sykes Picot. Maka lahirlah, Jordan, Arab Saudi, Syria, Iraq, Qatar, Bahrain, Oman, Yaman yang kita kenali hari ini.

Peliknya, Pemimpin pemimpin Arab ini seperti tidak merasakan apa apa tentang perancangan Zionis tersebut. Malah, mereka lebih selesa bertelingkah sesama sendiri seperti Raja Jordan Dan Raja Saudi. Namun ketika perlu penyelesaian, mereka sama sama duduk di meja rundingan yang melibatkan British, USA untuk menyelesaikan pertikaian mereka. Nah, inilah yang mereka lupa tentang ayat 51 surah Al Maidah. Akhirnya mereka jadi sebahagian daripada kumpulan Yahudi Nasara yang menggunakan mereka sebagai benteng benteng apabila berhadapan dengan kebangkitan Islam.

 

Gerakan ISLAM seperti Ikhwan dan HAMAS, Turut Terkeliru?

Pemetaaan dan penguasaan Yahudi Zionis yang bekerjasama dengan Zionis Kristian ini terus berlaku. Selepas perang Mesir Israel 1973 di Yom kippur, Gerakan ISLAM seperti Ikhwan Muslimin melalui beberapa fasa. Hasil serangan bertalu talu, penangkapan pemimpin dan penyusupan agen agen, gerakan ISLAM berhadapan dengan pelbagai mehnah akhirnya berlaku perpecahan. Kesan awal apabila Berlaku persilisihan dalam gerakan ISLAM DI Syria, sama ada menggunakan penentangan bersenjata menentang regim Hafez Al Assad atau sebaliknya. Akhirnya sebahagian mengambil pendirian bersenjata seperti Yang Dilakukan oleh As SYahid Syeikh Marwan Hadid dan pasukannya dalam menentang regim Hafez Assad.

Perpecahan berlaku turut juga disumbang apabila Mesir yang diketuai Oleh Presiden Anwar Sadat memeterai Perjanjian Camp David bagi menghentikan Perang Mesir Israel yang banyak dibantu oleh Gerakan ISLAM. Sehingga perkara tersebut seolah olah satu ejekan kepada Gerakan ISLAM yang dipermainkan sehingga berlaku lagi perpecahan kepada Gerakan Utama di Mesir. Perpecahan menyebabkan masing masing melakukan pendekatan pendekatan berbeza dan ada yang mendapatkan perlindungan di eropah dan Amerika.

Evolusi Gerakan ISLAM di Luar Arab ini ditanggapi barat dengan cermat. Dan tidak hairan jika ada yang terperangkap dalam usaha mereka memperjuangkan Islam tanpa berwaspada kepada permainan permainan halus pecah dan perintah Pakatan Yahudi Nasara ataupun Zionisme. Perbezaan Pendekatan terhadap Revolusi Arab Spring dan keinginan menumbangkan regim regim zalim telah dieksploitasi dengan mudah. Maka di sinilah kita akan melihat peranan negara negara Arab yang berkonflik hari ini. Bagaimana Qatar yang mengamalkan Dasar Polisi luar yang terbuka melindungi beberapa pemimpin Ikhwan Muslimin dan HAMAS, dalam waktu yang sama juga menyediakan pangkalan terbesar USA di Negara teluk.

 

Apakah ada Penyelesaian Untuk Kita di Zaman ini?

 

Keadaan konflik yang rumit di zaman kita ini tetap ada penyelesaian bagi yang beriman kepada ALLAH. Soalnya, sanggup atau tidak kembali kepada ISLAM secara menyeluruh. Mengambil panduan sepenuhnya dari AL Quran dan berpegang kuat pada panduan ayat 51 Surah Al Maidah. Pemimpin pemimpin dunia ISLAM perlu terus berwaspada kepada ayat ALLAH yang melarang mengambil dokongan, sokongan, bantuan dari Yahudi Dan Nasara di zaman kita ini. Jika ini yang kita buat, kita pasti dapat melambatkan cita cita Yahudi untuk berkuasa di Dunia buat Kali Kedua seperti yang dibenarkan Oleh ALLAH dalam ayat 4 surah Al Isra. Sekurang kurangnya kita berusaha menjauhkan diri daripada fitnah akhir zaman yang sedang ditunggu tunggu oleh Yahudi untuk menguasai Dunia ini.

 

Ahmad Hakimi Othman.

Kuala Selangor. 7 june 2017, 11 ramadan 1438h

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *