Manchester Dibom

Manchester Dibom.

Dikatakan seramai 19 orang terbunuh manakala 50 lagi tercedera. Cuba kita fikir logik:

⚫ Mengapa pengeboman berlaku di tempat awam?

⚫ Jika penyerang mahu melumpuhkan sesebuah negara, sudah pasti mereka mengebom pengkalan-pengkalan strategik, bukan lokasi awam.

⚫ Selalunya selepas peristiwa pengeboman, ada kumpulan ‘Islam’ yang entah datang dari mana dengan bangga mengaku kononnya itu kerja mereka.

⚫ Tiada siapa yang melanjutkan siasatan tentang keabsahan angka korban yang diwar-warkan.

⚫ Feqh Islam mengharamkan serangan disasarkan ke arah golongan awam. Persoalannya, adakah mereka itu ‘pejuang Islam’ atau petualang yang menjadi agen kuasa besar dengan bertopengkan Islam?

⚫ Motif utama Islamphobia adalah untuk merosakkan imej Islam seterusnya mencipta lesen untuk menyerang Islam.

⚫ Tanpa memerlukan siasatan lanjut, kuasa besar terus menuduh kononnya ia angkara terroris Islam yang bersarang di negara sekian-sekian.

⚫ Sejurus selepas tragedi pengeboman, pasti ada operasi ketenteraan ke atas negara luar yang telah dijadikan sasaran sejak dari awal.

P/s : Naif sangatlah kita jika masih percaya dengan skrip yang acap kali diulang sejak 9/11.

Abdul Mu’izz Muhammad
23 Mei 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *