KONFLIK SEMPADAN CHINA-INDIA DAN MISI KEAGAMAAN

Oleh: Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
30 Mei 2020

Latar Belakang

1) Sebelum ini saya ada menulis tentang isu Kashmir [1], kemudian isu berkaitan keganasan terhadap Umat Islam di India yang didalangi oleh kelompok Hindutva [2] yang menjadi pemerintah India hari ini.

Ada beberapa isu yang berbeza, tapi saya cuba sekalikan supaya ia dapat dilihat dari sudut kaca mata yang lebih luas. Yang ingin dikaitkan ialah persengketaan India VS China berebut sempadan.

a- Isu Amerika VS China

b- Isu kumpulan Nasionalis Hindu (Hindutva) yang berkaitan dengan kelompok Evengelis (Amerika) dan Zionis (Israel)

c- Isu Kashmir

d- Isu sempadan di Tasik Pangong Tso

e- Isu hubungan China dan Myanmar

2) Sudah banyak artikel saya mengulas tentang persaingan China dan Amerika, dan yang terakhir perebutan beberapa pulau atau kawasan perairan di sekitar Laut China Selatan [3].

Secara ringkasnya, antara yang perlu kita sedar ialah China berusaha gigih untuk muncul sebagai kuasa besar. Terlalu banyak usaha mereka untuk diceritakan di sini, samada secara halal atau ‘main belasah’.

3) Namun, Amerika juga dilihat berusaha gigih menyekat usaha-usaha China untuk meluaskan empayar pengaruh mereka. Usaha ini pun terlalu banyak untuk ditulis di sini.

Contohnya isu Rohingya di Myanmar. Lokasi Rakhine agak strategik untuk access ke Lautan Hindi oleh China. Jadi, ketika mana Gambia mengheret Ang Sung Suu Kyi ke mahkamah sedikit sebanyak menguatkan hubungan Myanmar-China.

China VS India

1) Hubungan Myanmar-China dilihat menguntungkan China untuk agenda BRI mereka untuk access ke Lautan Hindi. Dalam masa yang sama, ia menguntungkan Barat juga untuk campurtangan krisis di Myanmar.

Jadi, pandangan awal saya Myanmar akan mengalami krisis yang lebih teruk. China pun usahakanlah untuk dapatkan perairan Laut China Selatan, tapi ‘dikacau’ juga oleh Amerika baru baru ini.

2) Kashmir pula berada sempadan China-India telahpun dikacau-bilaukan oleh geng Hindutva yang dilihat berpakat dengan Amerika secara belakang tabir. Di sinilah bermulanya point kepada krisis sempadan.

Saya merasakan sekiranya Kashmir tidak dikacau oleh India baru baru ini, saya merasakan China dapat menerobos sempadan itu dengan berpakat dengan Pakistan. WaLlahua’lam.

3) Kita juga perlu sedar bahawa India dan China mempunyai sejarah pergaduhan yang panjang. Maka, India merupakan negara yang paling strategik oleh Amerika untuk dijadikan proksi menyekat China.

Itupun selepas India mengacau lokasi utama iaitu Kashmir. Dan persengketaan India dan China kali ini ialah di Timur Kashmir, di sebuah tasik yang bernama Pangong Tso.

4) Kawasan yang menjadi rebutan ini di kawasan Ladakh, di Banjaran Himalaya setinggi 14,000 kaki dari aras laut, sepanjang 3800 km. Media India mengatakan 10,000 tentera China sudah berkhemah di dalam kawasan India.

Bukan sekadar tentera, termasuk juga kenderaan kenderaan berat untuk perang. Hal ini menyebabkan India semakin berjaga jaga. Biasalah, media India mesti akan menyebelahi India.

Amerika ‘Kepung’ China

1) Isu perebutan sempadan India-China ini pernah terjadi pada 2017 di wilayah Sikkim-Bhutan-Tibet. Namun pada 2020 panas di Ladakh, dan Tasik Pangong Tso.

Kalau tadi, media India menyalahkan China dalam hal ini. Tetapi di sebelah pihak China pula mengatakan mereka bimbang ada udang di sebalik batu usaha India cuba membangunkan kawasan sempadan itu.

2) Dalam hal ini, kalau kita nak salahkan satu-satu pihak kita sendiri tak tahu. Jadi, yang ingin diceritakan ialah kawasan ini yang semakin memanas dengan kehadiran tentera dan persenjataan berskala besar.

Secara kasarnya gambaran strategi Amerika mengepung China. Samada dari sudut perairan, dan juga daratan. Seolah-olah Amerika tak nak China menguasai Eurasia yang mungkin menjadi mimpi buruk Amerika.

3) Mungkin sekiranya gagal dalam persaingan sempadan di Tasik Pangong Tso ini, China terpaksa berdiplomasi dengan ‘negara-negara tan’ atau pun sekadar bersama Rusia.

Cuma, saya tak lihat China membawa misi keagamaan berbeza dengan blok Barat. Saya juga tidak pelik jika India boleh berikan kerjasama terbaik kepada Amerika.

4) Antara yang perlu kita fahami, mengapa Amerika bersungguh-sungguh menyekat China? Selain daripada tak mahu ada pesaing, kita wajar perhatikan juga dari sudut misi keagamaan.

Jika kita berbicara mengenai misi keagamaan ini, kita perlu kaitkan dengan sejarah yang panjang kewujudan agama-agama, dan bagaimana kemunculan aliran ‘keras’

Misi Keagamaan

1) Setiap agama, ada golongan yang keras (syadid) atau mempunyai semangat waja. Ini perkara biasa. Dari sini muncullah kebangkitan-kebangkitan atas nama agama-agama.

a- Antaranya Zionis muncul di kalangan Yahudi, dan mereka tidak selari dengan kelompok Ortodoks. Zionis menggariskan matlamat pembinaan negara dan mencapai wawasan.

b- Kalau Kristian pula, munculnya Evangelis selepas wujudnya Katholik dan Protestan. Sejarahnya panjang. Pemerintahan Donald Trump dikelilingi oleh orang-orang Evangelis.

c- Agama Hindu pula, munculnya kelompok Hindutva yang mana hari ini menjadi dalang pembantaian terhadap Umat Islam di sana, di bawah kepimpinan Modi.

2) Jika kita lihat pendekatan kelompok Hindutva atas nama nasionalis, lebih kurang sama pendekatan Zionis yang membantai orang-orang Palestin. Belum lagi kita bincang aliran Budha.

Persamaan Hindutva, Evangelis dan Zionis ialah misi keagamaan. Mempunyai kepercayaan-kepercayaan khusus, dan bertindak mengikut arahan ‘ulamak-ulamak’ mereka. Lahirlah kelompok ekstrimis di kalangan mereka

3) Maka, kita boleh lihat mengapa India begitu bersemangat menunjukkan kerjasama mereka terhadap blok Barat, mungkin disebabkan persamaan dari sudut misi keagamaan.

Cumanya, hal sempadan India China ini media-media India menafikan ada kaitan dengan Trump [3]. Macam biasalah, media India mesti cover India. Mereka cuba menafikan kaitan dengan Amerika.

Hubungan Trump-Modi

1) Antara yang disiarkan oleh The Print [4];

“Saya boleh katakan, saya bercakap dengan Perdana Menteri Modi. Dia tidak senang dengan apa yang sedang terjadi dengan China” tambah Trump sambil memuji Modi.

“Mereka suka saya di India. Saya rasa mereka lebih suka saya di India daripada media seperti saya di negara ini. Dan, saya suka Modi. Saya sangat sukakan perdana menteri kamu. Dia seorang lelaki yang hebat,” katanya.

2) Trump dan Modi memang dilihat agak kamcing. Cumanya dalam bab sempadan ini, mereka nafikan. Cuma dalam hal ini, semakin kuat India bertegang leher dengan China, semakin itulah menguntungkan Amerika.

Parti BJP (Modi) menang pada Mei 2019. Selepas itu timbulnya isu Kashmir, kemudian timbul pula isu penafian hak terhadap Umat Islam India. Tindakan ini disokong oleh Trump yang dikenali dengan racism.

3) Jika kita meneliti frame ini, memang agak logik untuk kaitkan Trump dan Modi sebagai sealiran, atau sebulu. Masing-masing mempunyai nilai kefanatikan terhadap asobiyyah.

Selain misi keagamaan yang hampir selari itu, kedudukan India yang strategik untuk menyekat ‘kemaraan China’ dari sudut laluan darat dan laut (Lautan Hindi). Sebab itulah Amerika perlu terus kamcing dengan India.

Jangan lupa juga, politik dalaman India juga memainkan peranan. Pastinya kedudukan Modi dalam India akan ‘dipelihara’ oleh Amerika. Begitu juga negara-negara lain.

Pautan:

[1] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/2991006024274471/?d=n

[2] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3502221956486206/?d=n

[3] https://www.google.com/amp/s/m.hindustantimes.com/india-news/pm-modi-had-no-conversation-with-donald-trump-over-ladakh-officials/story-dxxH54uTUH7eriJvlm2MnL_amp.html

[4] https://www.google.com/amp/s/theprint.in/diplomacy/india-denies-trumps-claim-of-phone-call-with-modi-over-stand-off-at-china-border/431514/%3Famp

Tinggalkan komen anda