Kebimbangan Yang telah Berlaku kepada Ikhwan Mesir, Syria dan Islah Yaman. Terjangkit Pada PAS.

Kebimbangan Yang telah Berlaku kepada Ikhwan Mesir, Syria dan Islah Yaman. Terjangkit Pada PAS.

Oleh kerana ramai yang respon, menasihat dan menegur saya kerana beberapa tulisan tentang syura dan yang terjadi, saya rasa perlu menulis sebab dan musabab kenapa saya tetap melakukan sesuatu yang dirasakan tak patut pada sebahagian orang. Apa yang  berlaku sehari dua ini, teguran dan upaya islah yang dilakukan kerana kebimbangan kerosakan yang berlaku pada gerakan Islam luar negara berjangkit pada PAS. Ia akan semakin parah sekiranya benih benih itu sudah nampak dan tidak dibaiki.

Apa yang berlaku dalam pemilihan PAS 2015 di Kuala Selangor, melihatkan gerakan harapan baru yang mengiktiraf diri sebagai progressif, tanwiri sebenarnya juga adalah seperti cerminan yang berlaku pada gerakan Islam luar negara. Alhamdulillah, PAS berjaya mengharungi cabaran 2015 dengan kepimpinan Presiden PAS yang terus istiqamah dengan Islam dan halatuju Islam. Namun, kita yang berada di akhir zaman ini harus sedar. Ujian, cabaran dan dugaan perjuangan secara berjemaah akan silih berganti. Kewaspadaan perlu senantiasa wujud dengan faktor serangan luaran dari musuh musuh politik dan juga penyakit penyakit baru yang timbul dari dalam, yang terkesan dengan godaan dengan pangkat, pengaruh ataupun kemasyhuran dan kepentingan.

Ikhwan Mesir dan Syria Berpecah kerana Menginginkan Kemenangan Segera dan Menerima bantuan Luar seperti Amerika dan talibarut Amerika Zionis.

Kemenangan dalam perjuangan sememangnya impian setiap para pejuang islam. Namun, hendaklah dilakukan bertepatan dengan syariat. Namun, tekanan demi tekanan yang dihadapi kadang kadang membutakan pertimbangan. Akhirnya musuh mengambil kesempatan dengan wajah topeng yang manis menawarkan bantuan, terutama dari sudut sokongan tempat dan kewangan. Maka, kita melihat banyak pemimpin pemimpin ikhwan exile di beberapa tempat seperti Qatar, Uae, Saudi, Amerika, Perancis, switzerland atau UK.

Malangnya, mereka juga tidak berhati hati. Ia juga berlaku tempias kepada pemimpin HAMAS Palestin yang terpisah antara Ghaza dan Tebing barat.

Kekeliruan yang berlaku sehingga sanggup bergantung kepada Qatar , Uae, Saudi yang menjadi proxy Amerika Zionis secara politik. Akhirnya jemaah hilang keberkatan dan berpecah belah. Gambaran ini seperti ayat 51 surah Almaidah.

Perpecahan ISLAH di Yemen.

Suatu ketika, sebahagian dari Parti Islah seperti setuju untuk membiarkan perlembagaan Yaman tidak meletakkan Islam sebagai asas. Keputusan ini sehingga memaksa Syeikh Abdul Majid Zindani menubuhkan Haiah Kibar Ulama Yaman untuk mencuba desakan dengan mengumpul para Ulama. Perpecahan menjadi lebih besar apabila Yemen mula menjadi perhatian Amerika Zionis untuk menguasai Yemen dan menyekat pengaruh Iran yang dituduh membawa pengaruh Syiah.

Perpecahan disemarakkan pula dengan perselisihan syiah wahabi yang berlaku di Saadah. Kumpulan ultra salafi yang didokong oleh Arab saudi dan sekutunya. Perbezaan yang tidak diurus dengan politik ilmu islam dan kepentingan Islam.

Maka, apa tauladan untuk PAS?

Pemimpin pemimpin muda PAS perlu sedar bahaya yang berlaku. Kepimpinan hendaklah diasaskan dengan budaya ilmu. Bukan sekadar semangat yang diapi apikan dengan syiar syiar syok sendiri tapi tanpa bekal yang cukup untuk persediaan luar dan dalam bagi menghadapi cabaran dan dugaan semasa.

Masalah masalah yang ada hendaklah dihadapi dengan ilmu dan tidak ditutup dengan hujah lapuk menjaga ukhuwwah sedangkan banyak kepentingan kepentingan parti dan organ parti perlu dimajukan. Masalah HARAKAH, kebergantungan yang melampau kepada imej Tok Guru Presiden dan keluarganya perlu diurus dengan panduan Islam.

Kejujuran perjuangan mengakui kelemahan dan bersedia membaiki perlu ada. Orang orang kecil seperti saya mengharapkan budaya kepimpinan ilmu dan utamakan Ilmu disuburkan seperti yang ditunjukkan oleh Presiden PAS.  Kita menyanjung dan mendokong presiden PAS kerana memimpin dengan ilmu. Bukan kita sebut beliau sebagai sanjungan, tetapi gagal menerapkan ajaran ajaran dan pendirian beliau dalam perjuangan ini..

Tulisan ini mungkin tajam menyusuk. Tetapi saya tulis agar ada kesedaran untuk berwaspada dengan cabaran cabaran semasa yang telah gagal ditangani oleh gerakan Islam luar negara. Ambillah peluang muhasabah dan bersedia maju ke depan jalan syariat yang benar dan istiqamah jujur dalam berjuang.

Ahmad Hakimi Othman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *