JIKA TAN SRI KHALID IBRAHIM DIJADIKAN CONTOH MENTADBIR

Jika mahu melihat bagaimana Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) dan Kerajaan Pimpinannya mentadbir, maka perlu dilihat dari seawal perlantikannya sebagai Menteri Besar Selangor selepas 8 Mac 2008 iaitu pasca PRU-12. TSKI diangkat menjadi Menteri Besar mewakili Pakatan Politik Di Selangor yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR).

Ketika TSKI menjawat MB, dilaporkan perbendaharaan Negeri Selangor ketika itu hanya sekitar RM400 juta. Banyak pula isu projek bermasalah seperti di Sri Kembangan dengan Talam, di Bukit Beruntung, Bukit Botak di Selayang , Alam Perdana dan Alam Jaya di Puncak Alam dan banyak lagi. Waktu yang sama menerima tekanan juga untuk menaikkan tariff air.

Antara langkah awal, ialah menangani secara politik dan juga secara audit awam, seperti penubuhan SELCAT dan memanggil Dato Sri Khir Toyo memberi keterangan dalam kes yang dilihat mengelirukan. Kesannya, ramai melihat dan memberi peluang kepada Kerajaan PR ketika itu membaiki dan memulihkan ekonomi dan kebajikan untuk rakyat di Selangor,

Pada tahun 2009, untuk kes pilot menyelesaikan isu projek terbengkalai, ditukar status dokumen Revolusi Tanah Hijau di Mukim Ijok melalui Kertas Putih Revolusi Hijau di Sidang DUN pertengahan tahun 2009.

Untuk Menyelesaikan masalah penstrukturan air Selangor, langkah yang sama dibuat dalam sidang DUN pada 2012 dengan membentangkan kertas putih penyelesaian penstrukturan air Selangor. Tahun yang sama juga Kertas Putih penyelesaian hutang Projek Talam juga dikemukakan dalam sidang DUN Selangor.

Jenayah pentadbiran dan salah guna hak awam tidak boleh dibiarkan sebelah mata atau menutup mata dengan alasan kita bina yang baru. Selagi mana boleh bertindak melalui undang undang dan menjaga hak dan amanah rakyat, di samping memastikan juga ia tidak berulang di masa hadapan dan juga sebagai langkah politik untuk terus relevan dengan masa dan keadaan.

 

Ahmad Hakimi Othman

 

Rujukan:

1. http://www.sinarharian.com.my/…/selangor-kemuka-kertas-puti…

2.http://ww1.utusan.com.my/…/Kertas-putih-air-Selangor-tanpa-…

3. http://ww1.utusan.com.my/…/Selangor-bentang-kertas-putih-pe…

Tinggalkan komen anda