JIKA MAHU CEPAT, IKUTLAH NABI.

Ada orang anggap jika berjuang dan berda’wah ikut cara Nabi, kurang berkesan dan lambat menang.

Padahal Nabi bermula dari kosong sehinggalah mampu mencabar Rom Timur hanya mengambil tempoh 23 tahun sahaja. Cukup pantas jika dibandingkan dengan zamannya yang tiada teknologi komunikasi dan pengangkutan seperti hari ini. Siapa yang boleh menandingi pencapaian baginda?

Hinggakan Michael H. Hart menempatkan Nabi Muhammad sebagai tokoh pertama di dalam carta bukunya yang popular, bertajuk The Most Influential Persons In History. Baginda dianggap sebagai tokoh yang paling pesat dan efektif dalam menyebarkan ajarannya.

Mengapa kita buang masa melakukan eksperimen dalam keadaan teraba-raba? Sedangkan Nabi telah meneroka jalan yang mencabar untuk mengajar umatnya, bahawa cara baginda adalah jalan yang paling ideal untuk kita semua.

Cara, jalan yang paling cepat dan selamat.

Abdul Mu’izz Muhammad
2 Oktober 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *