GENERASI PEWARIS PENYAKIT UMAT TERDAHULU

عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ: سمَعِْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: سَيُصِيْبُ أُمَّتِي دَاءُ اْلأُمَمِ فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا دَاءُ اْلأُمَمِ قَالَ : اَلْأَشَروَاْلبَطَرُ وَالتَّكَاثُرُ وَالتَّنَاجُشُ فِي الدُّنْيَا وَالتَّبَاغُضُ وَالتَّحَاسُدُ حَتَّى يَكُوْنَ اْلبَغْىُ
(رواه الحاكم)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”. – (Riwayat Hakim)

1) Terlalu banyak seronok (hedonisme)
2) Terlalu mewah
3) Menghimpun harta sebanyak mungkin
4) Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia
5) Saling memarahi
6) Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi

Belajar dari Kisah al-Quran

Al-Quran merakamkan banyak kisah yang mesti diambil pengajaran. Ia memberi pengajaran dari sudut garis-garis dakwah dan panduan syariat, menggambarkan hak dan batil sentiasa bertembung dan menatijahkan hak akan menang, memberi motivasi dakwah, menerapkan iman dan kekuatan jihad, dan menggambarkan perangai umat terdahulu yang kini berjangkit dalam zaman ini.

Disana adanya kisah Para Rasul dan adanya kisah umat terdahulu Antaranya:

1. Kisah para Rasul
2. Kisah Fir’aun & Haman
3. Kisah Qarun
4. Kisah Bani Israil
5. Kisah Thalut & Jalut
6. Kisah Ahli kitab
7. Ashabul Ukhdud
8. Ashabul Kahfi
9. Kisah Zulkarnain
10. Dan lain-lain.

إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْقَصَصُ الْحَقُّ
“Sesungguhnya ini adalah berita yang benar…” (Ali Imran :62)

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal” (Yusuf : 111)

فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
“Maka ceritakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) berkenaan kisah-kisah (al-Quran) mudah-mudahan mereka berfikir” (al-A’raf: 176)

Penawar: Beriman dan Jauhi Taghut

Antara kerja besar para Nabi dan Rasul adalah mengajak untuk beriman dan jauhi segala taghut.

(وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ۚ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ)
[Surat An-Nahl 36]
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.

(اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ)
[Surat Al-Baqarah 257]

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Nik Muhd Al-Amin
14 September 2018

Tinggalkan komen anda