Elitis Pakatan Harapan Gagal Berdepan Hujah Melawan Pensyarah Awam?

Elitis Pakatan Harapan Gagal Berdepan Hujah Melawan Pensyarah Awam?

 

Saya mengikuti rapat perkembangan fenomena “Dr Kamarul Yusoff” yang telah menjadi igauan buruk kepada tumpuan politik Pakatan Harapan terutamanya daripada pimpinan DAP. Sehingga maestro DAP, Lim Kit Siang terpaksa memberi komentar bagi mempertahankan anak didik pimpinannya yang menjadi Isu, YB Hannah Yeoh. Kebetulan, Dr Kamarul Yusoff adalah kawan facebook saya sejak empat tahun lepas. Saya tertarik dengan Dr Kamarul Yusoff kerana kemampuan beliau mengutarakan fakta dan hujah berdasarkan data data yang konkrit. Nama Dr Kamarul YUsoff menjadi igauan apabila tulisan tulisan peribadinya yang mengomentarkan isu isu politik semasa telah memberi impak yang sangat negatif kepada Pakatan Harapan(PH). Terdahulu, sebelum meletup isu “ Becoming Hannah”, Dr Kamarul menelanjangkan perlembagaan Parti Amanah Negara (PAN) yang seperti Salinan sama dari perlembagaan DAP.

 

Apa Sebenar Berlaku di Sekitar Isu “Becoming Hannah”?

 

Isu Bermula apabila Dr Kamarul Yusoff memberi komentar analisis bahawa DAP dan pimpinannya hipokrit dalam berpendirian tentang amalan sekulerisme agama di negara ini. Komentar pada muka facebook itu bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP” yang dipaparkan pada 10 May 2017. Komentar facebook yang berunsur pandangan peribadi ini kemudian menjadi isu apabila, pihak YB Hannah Yeoh membuat laporan Polis pada 15 May 2017 dengan dakwaan Dr Kamarul Yusoff telah melakukan fitnah ke atasnya dan memberi kesan buruk kepada partinya iaitu DAP. Tindakan awal Dr Kamarul setelah diri beliau dilaporkan kepada Polis dapat dilihat apabila beliau memaparkan Salinan Laporan YB Hannah Yeoh dan kemudian melaporkan pula bahawa beliau dihubungi oleh wartawan Malaysiakini untuk mendapat kepastian. Keterangan tentang itu dipaparkan dalam facebooknya pada 15 May 2017, pukul 4.44 petang dengan tajuk “ Laporan Polis Hannah Yoeh Terhadap Saya”.

 

Seterusnya selepas menerima laporan polis yang turut dipaparkan oleh Dr Kamarul Yusoff dalam facebooknya, beliau turut melakukan tindakan mempertahankan diri dengan turut membuat laporan polis pada 17 Mei 2017. Paparan laporan tersebut diletak di muka facebooknya pada 17 May 2015 pada pukul 8.35 am yang bertajuk “Laporan Polis saya terhadap Hannah Yeoh”. Dalam laporan polis tersebut, Dr Kamarul menyatakan sebab sebab dan asas perundangan yang beliau timbulkan dalam komentar beliau setelah meneliti fakta yang ada dalam buku Becoming Hannah.

 

Laporan Polis Dr Kamarul terhadap YB Hannah Yeoh menjadi Isu, Tetapi tidak laporan YB Hannah Yeoh Kepada Dr Kamarul.

Laporan polis Dr Kamarul terhadap YB Hannah Yeoh memberi impak yang besar dan serta merta kepada Elitis elitis Pakatan Harapan. Setelah Status facebook beliau itu ditularkan, Dr Kamarul dikritik dan diserang dengan pelbagai sudut tanpa memberi ruang dan nilai bahawa yang menjadi isu ini hangat adalah turut disumbang oleh Laporan Polis YB Hannah Yeoh. Tindakan YB Hannah Yeoh menggunakan undang undang tanpa menulis hujah lawan tidak ditimbulkan langsung dalam menghentam Dr Kamarul Yusoff.

 

Menariknya, beberapa pimpinan Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP melakukan benda yang sama dengan menyembunyikan fakta awal sebab berlaku isu tersebut. Mereka mengambil kesempatan menghentam Dr Kamarul selepas sebelum ini banyak membisu apabila beberapa komentar Dr Kamarul yang dibentangkan dengan fakta tak dapat dihujah semula.

 

Keadaan ini pada pandangan saya yang telah melihat isu daripada awal perlu dijelaskan kembali. Adalah tidak adil membuat hentaman kepada tindakan laporan Polis Dr Kamarul kerana apa yang dibuat adalah dalam ruang undang undang dan tekanan yang telah diberikan oleh YB Hannah Yeoh dengan laporan polisnya. Sepatutnya, kita boleh bertanya balik, Apa motif YB Hannah Yeoh terus membuat laporan Polis tanpa membalas hujah? Lebih menghairankan, tulisan tulisan menghentam Dr Kamarul langsung tidak mengambil kira tindakan awal YB Hannah Yeoh tersebut yang menjadi punca kepada segalanya untuk Dr Kamarul Yusoff bertindak melaporkan kepada Polis dengan hujah hujah ketimbang undang undang yang boleh dikaitkan denga isi isi dari buku Becoming Hannah.

 

Dr Kamarul Yusoff berhadapan Ahli Politikus Licik.

 

Namun, dari peristiwa yang berlaku, dapat disimpulkan bahawa apa yang berlaku kepada Dr Kamarul Yusoff kerana beliau berdepan dengan ahli ahli politikus licik dari Pakatan Harapan. Adalah begitu naif bagi seorang ahli akedemik, tidak dapat membaca motif motif setiap politikus terlibat. Nampaknya dari hal yang telah berlaku, Dr Kamarul seperti dapat membuktikan kepada awam tentang sesuatu yang sedang disembunyikan oleh ahli ahli politkus tersebut. Sebagai Orang awam yang turut terlibat dalam lanskap politik Malaysia, apa yang didedahkan oleh Dr Kamarul Yusoff dan reaksi elitis Pakatan Harapan telah menunjukkan sikap sebenar politikus politikus yang ada di hadapan kita semua.

 

Ahmad Hakimi Othman.

20 May 2017.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *