EFEK DOMINO PENCEROBOHAN KE ATAS ISLAM

Jangan ingat apabila kita mengalah dan diam soal perlaksanaan undang-undang Islam, musuh akan berhenti di situ.

Bahkan Nabi pesan musuh akan terus menafikan prinsip Islam yang ke seterusnya satu persatu. Efek domino itu akhirnya sampai ke satu tahap, umat Islam akan dihalang dari menunaikan solat.

لتُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ , عُرْوَةً عُرْوَةً , فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ , تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا , وَأَوَّلُهُنّ نَقْضًا الْحُكْمُ , وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ

“Akan terungkai ikatan islam satu persatu, setiap kali terungkai satu ikatan, manusia akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Ikatan pertama yang terungkai adalah perundangan dan akhirnya adalah solat.” (H.R. Ahmad)

Justeru, anggaplah agenda melaksanakan undang-undang Islam sebagai perisai pertama dan utama demi menjaga prinsip-prinsip Islam yang berbaki.

Usah peduli jika ada yang marah.

Sekurang-kurangnya kita dapat bezakan antara kumpulan Islam dan kumpulan sekular.

 

Abdul Mu’izz Muhammad

Tinggalkan komen anda