DAP SAILANG PEJUANG BERSIH

DAP SAILANG PEJUANG BERSIH

Tuntutan utama perhimpunan Bersih 1 sehingga 5, adalah supaya diadakan pilihanraya secara bersih dan telus. Sejak himpunan pertama hingga sekarang, DAP antara parti yang mendokong teguh Bersih ini. Mereka kononnya mahu membersihkan pilihanraya Malaysia dari kekotoran dan penipuan seperti pengundi hantu, beli pengundi dan sebagainya. Kononnya parti mereka adalah parti suci bersih.

Namun sebenarnya itu hanya retorik. Hakikatnya DAP lebih kotor dan busuk. Sebagaimana yang dilaporkan, DAP telah menyekat seramai 753 perwakilan daripada mengundi pada pemilihan tahun 2012. Bukan itu sahaja, mereka turut mengimport seramai 547 pengundi hantu untuk mengundi!

Kenapa mereka lakukan semua ini? Kerana jika tidak, kemungkinan besar Lim Guan Eng akan kalah. Ini kerana akar umbi DAP rata-ratanya tidak menyukai kepimpinan nepotis keluarga Lim. Maklumat dalaman menunjukkan sokongan lebih jitu daripada akar umbi adalah kepada Tan Sen Giaw dan Lim Guan Eng boleh kalah pada pemilihan itu.

Perwakilan yang dinafikan hak untuk mengundi ini kemudian melaporkan pada RoS. Maka menjelang PRU13, RoS meminta DAP membuat pemilihan semula dan jika tidak, mereka tidak boleh menyertai PRU13 kerana melanggar lunas demokrasi yang menjadi tonggak pertubuhan berdaftar di Malaysia. Semasa itulah PAS menawarkan logonya kepada DAP.

Selepas PRU13, baru mereka mengadakan pemilihan semula. Malangnya RoS menerima laporan dan mengesahkan bahawa pemilihan itu juga tidak sah. Justeru mereka meminta pemilihan sekali lagi diadakan.

Hak-hak ahli DAP yang dinafi kartel Lim Guan Eng wajib ditebus. Sehingga kini mereka masih mengekalkan jawatankuasa yang dipilih secara tidak sah sejak tahun 2012 dan 2013 dahulu. Dalam tempoh tersebut, PAS sudah 3 kali melakukan pemilihan.

Mungkin atas sebab inilah, kita melihat berbagai ahli-ahli DAP keluar parti tersebut sejak krisis itu sehingga sekarang. Setakat ini sudah ada dua parti serpihan DAP ditubuhkan iaitu Parti Alternatif Rakyat PAP dan Parti Cinta Malaysia PCM.

Itulah dia wajah sebenar DAP. Mereka yang dulunya sibuk mengganggu pemilihan PAS dengan memberi sokongan terbuka kepada beberapa pemimpin PAS, akhirnya membawa rebah. Mereka mendakwa PAS bakal berkubur setelah wakil tajaan mereka keluar parti. Tetapi kini Allah ajar mereka pula dengan pergelutan dalaman, dan nampaknya seperti parti mereka pula bakal berkubur.

Hari ini mereka cuba sekali lagi memporak perandakan PAS. Mereka cuba cari titik perbezaan antara Presiden PAS dengan Timbalan. Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan melaga-lagakan antara kedua mereka. Itu menandakan mereka akui pihak tajaan mereka yang keluar itu gagal memberi apa-apa kesan signifikan ke atas PAS.

Kasihan pejuang Bersih yang makan gas, yang berpanas berhujan, yang tidur atas jalanraya, yang membontoti Lim Guan Eng dan sekutu-sekutunya ke mana sahaja. Mereka diperdaya hidup-hidup demi nafsu rakus cauvinis itu untuk berkuasa.

(Alang Ibn Shukrimun)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *