Cabaran PAS Bagi Menghadapi PRU14.

Cabaran PAS Bagi Menghadapi PRU14.

PRU14 mungkin akan berlaku dalam waktu terdekat kerana tempoh lima tahun bagi sesi ini akan berakhir pertengahan tahun hadapan. Maka, PAS sebagai sebuah parti Politik di Malaysia ini perlu bersedia untuk menempuh cabaran seterusnya. Pasca keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang telah membuat keputusan memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR, menatijahkan beberapa keadaan yang PAS perlu berhadapan dengan cabaran dan bersedia menempuh cabaran tersebut.

Cabaran Bertanding sebagai Blok Ketiga Yang Kelihatan sebagai Parti Dasar Tunggal.

Pastinya bila memutuskan Tahaluf Siyasi, PAS berisiko berhadapan dengan pertembungan lebih dari dua penjuru berhadapan dengan mana mana lawan dalam kerusi tradisi PAS. Ramai penganalisis politik popular pula cuba menyatakan bahawa keadaan tersebut akan memberi jalan mudah kepada kemenangan BN/UMNO yang diketuai oleh Dato Sri Najib Razak. Namun adakah pasti ia akan berlaku begitu? Benarkah PAS tidak mampu berdiri dengan sendiri?
Apakah akan berlaku pada setiap kerusi 3 penjuru? Mampukah kesemua parti mendanai pertembungan 3 penjuru yang dikatakan pasti dimenangi oleh UMNO/BN?

Cabaran Dogma Taawun Bersama UMNO Dalam Isu Kepentingan Islam yang diperjuangkan PAS.

Propaganda dan tohmahan kepada PAS untuk bergabung dengan UMNO dimainkan oleh sebahagian kepada PAS atau pemimpin tertentu PAS sejak akhir 2008. Namun, kebanyakan tohmahan itu sepertinya terlalu berat sebelah sehingga sebahagian orang Melayu ISLAM melihat bahawa ada sekumpulan pemain politik begitu takut jika adanya kesatuan merentas sempadan politik kepada Melayu ISLAM. Ini boleh dilihat dalam isu isu sejagat ISLAM dan umat ISLAM seperti himpunan RUU355 dan juga dalam isu ROHINGYA.
Di balik dogma dan tohmahan yang dilemparkan ini, apakah PAS tidak boleh bekerjasama dalam perkara perkara menjaga ISLAM dan kepentingan rakyat? Benarkah PAS sebodoh yang didakwa sehingga boleh termakan dedak UMNO dan ditarik hidung seperti lembu? Tiadakah kemungkinan untuk PAS menguasai perundingan sehingga menguntungkan ISLAM seperti dalam isu RUU355?

Cabaran campurtangan Kuasa Luar yang tidak Mahu ISLAM yang dibawa PAS menjadi pemangkin Kebangkitan ISLAM Nusantara.

Sebagai umat Islam, kita perlu sedar bahawa ISLAM ada musuh yang mahu memadamkan cahayanya sepanjang sejarah yang berlaku kepada manusia. Apa yang pernah berlaku, seperti penjajahan kepada bumi umat ISLAM termasuk Malaysia, menunjukkan adanya sentimen mahu memastikan ISLAM dikalahkan atau dilemahkan. Selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, pihak musuh tidak pernah berhenti untuk memastikan Gerakan ISLAM tidak menang dan mempengaruhi umat ISLAM di negara lain untuk bangkit sama.

Maka, cabaran ini perlu juga diambil kira, walaupun kadang kadang seperti nampak tidak masuk akal. Sebagai contoh, dalam keadaan pakatan pembangkang pada PRU11 pada 2008 boleh menafikan undi BN di lima negeri, kenapa Gagal di Terengganu? Kenapa pula undi undi di Terengganu sekadar menurunkan majoriti BN/UMNO dan tidak mampu mencapai kemenangan majoriti mudah seperti di Kedah atau di Selangor? Kegagalan itu masih berulang pada 2013? Apakah sekadar kelemahan PAS di Terengganu? Atau ia juga desakan dari luar supaya PAS Terengganu tidak dapat meneruskan momentum 1999-2004 yang berjaya menggazetkan pindaan Undang undang Syariat yang diperakui oleh Sultan Terengganu, yang kebetulan menjadi Agung selepas 2008?

Itulah sekadar cabaran yang akan dihadapi PAS menjelang PRU14 yang boleh disebut dalam tulisan ini. Selepas ini, akan dihurai kekuatan PAS yang boleh pengundi berharap untuk memberi kepercayaan dalam memimpin perubahan negara dengan SEJAHTERA BERSAMA ISLAM.

Ahmad Hakimi Othman.
KP Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor.
15 May 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *