BARAT HANYA MELANGSUNGKAN ISLAMPHOBIA TATAR

Barat Hanya Melangsungkan Islamphobia Tatar.

Ketika serangan Tatar ke atas Abbasiyyah, umat Islam yang serba rapuh jatidiri mereka telah tersampuk dengan kempen Islamphobia versi Tatar.

Pemimpin utama Tatar, Hulagu Khan mendoktrin bahawa sesiapa yang giat menyebut soal jihad perjuangan melawan penjajah, maka mereka adalah pengganas.

Kempen ‘anti keganasan’ tersebut telah disambut ramai, sehingga memangsakan sebilangan umat Islam yang cuba melawan penjajahan Tatar.

Antaranya Mujahiduddin Aybak & Sulaiman Syah yang cuba meniup api kebangkitan umat demi menyelamatkan Abbasiyyah. Malangnya pembesar Abbasiyyah yang diketuai oleh ‘Alqami telah awal-awal dibeli oleh Tatar.

Pada hari ini, Barat yang diterajui AS menggunakan kaedah yang sama. Memandulkan jatidiri serta membiuskan sensitiviti umat Islam dengan kempen Islamphobia. Menyebabkan umat Islam merasa inferior dan sentiasa menganggap Islam berada di kandang bersalah.

Jika dahulu ‘Alqami sanggup menjadi agen Tatar untuk menangkap seterusnya membunuh Mujahiduddin Aybak & Sulaiman Syah bagi pihak Tatar. Kini senario lebih kurang sama kelihatan apabila ‘Hulagu Khan’ yang berhidung mancung dari Amerika sedang mengelilingi negara-negara sekutunya untuk melobi pembentukan blok pro Israel.

“Jika negara-negara Arab Sunni berpihak kepada Barat & Israel untuk melawan Iran yang Syiah itu, kita mahu sokong siapa?” – Tuan Guru Hj Abdul Hadi.

Malangnya hari ini cukup ramai yang menganut Islamphobia tajaan AS. Betapa serabutnya politik dunia.

Abdul Mu’izz Muhammad
22 Mei 2017

Tinggalkan komen anda