Bani Israel, Ahli Kitab, Yahudi dan Nasara.

Bani Israel, Ahli Kitab, Yahudi dan Nasara.

1. Bani Israel
Melihat AL Quran, Bani Israel adalah anak anak Nabi Yaakub dan saudara Nabi Yusuf , berjumlah 12 orang. Generasi Pertama Bani Israel. Bani Israel dijemput duduk di Mesir, dari tempat asal mereka bumi Syam Palestin. Mereka dipimpin oleh Nabi Yusuf AS.
Mereka keluar dari Mesir apabila dipimpin oleh Nabi Musa as dan menyeberang Laut Merah ke Semenanjung Sinai. Sebahagian Bani Israel kufur.

 

2. Ahli Kitab.
Seruan ahli kitab ada dalam Al Quran apabila panggilan untuk dengar dakwah Rasulullah SAW. Ahli ilmu yang sekitar Yathrib yang sedang menunggu akhir zaman. Mereka mewarisi ilmu kitab Bani Israel, Zabur, taurat dan Injil. Namun bila muncul Nabi Muhammad, kebanyakan mereka kufur.

3. Yahudi.
Daripada surah Attaubah, yang dikenali sebagai Yahudi adalah golongan yang mengatakan Uzair anak ALLAH. Mereka mengakui mereka anak anak ALLAH dan bangsa pilihan ALLAH. tetapi syirik. Melakukan sihir dan mengikut amalan Syaitan, dalam kisah harut dan marut.

4. Nasara.
Daripada surah Attaubah juga, Nasara adalah yang mengatakan Al Masih anak ALLAH. Mereka juga menganggap mereka anak anak ALLAH dan bangsa terpilih.

Daripada maklumat Quran ini, kita boleh buat perbandingan warisan Mereka AKhir Zaman.

1. Bani Israel. CUba didakwa oleh kumpulan Yahudi, Zionis hari ini. Tidak ada bukti mereka masih wujud melainkan dakwaan orang Yahudi.

2. Ahli Kitab. Kemungkinan mereka mereka yang menganut agama Judaisme dan juga Kristian Orthodox, seperti di Mesir dan juga Russia. Mereka membezakan diri daripada Zionis dan juga Kristian eropah.

3. Yahudi. Zionis hari ini yang melakukan banyak kerosakan dan mendakwa pelbagai ritual syaitan dan sihir.

4. Nasara. Kristian yang menyebut Jesus adalah anak Tuhan. Katholik dan Juga Protestant.

sekadar pemerhatian melalui bacaan dan analisis terhadap beberapa ayat Quran dan sejarah yang berlaku.

Ahmad Hakimi Othman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *