BAGAIMANA MENGHADAPI LAMBAKAN ISU-ISU SEMASA?

Isu yang timbul pada hari ini ada banyak dan pelbagai bentuk. Boleh dikatakan setiap hari ada isu-isu yang terkini. Namun, akar bagi setiap isu tersebut tidak pelbagai. Kebiasaannya akar itu satu tetapi isu yang timbul darinya pelbagai.

Oleh itu, kita selaku umat Islam jangan tertipu dan hanyut dengan lambakan isu tersebut. Kita mesti mengenalpasti apa akar untuk setiap isu yang timbul. Kemudian, respon kita pada akar tersebut dengan menjadikan isu-isu sebagai contoh. Bukannya setiap isu direspon tanpa memotong akar yang utama.

Akar tersebut merupakan tajuk utama yang perlu dibahaskan oleh umat Islam secara ilmiah. Hal ini bukannya untuk menentang Kerajaan sekarang tetapi ianya dibuat bagi menjaga kemandirian agama Islam dan keharmonian negara Malaysia (penduduk utama: umat Islam).

CONTOH 1:

AKAR: Ideologi Liberal
ISU: Hak kebebasan murtad, negara Islam tanpa syariat, tudung itu tidak penting asalkan hati baik, Izara peluk Tun, Siti Kassim, LGBT, pesta arak, kempen sentuh anjing dll

CONTOH 2:

AKAR: Kapitalis
ISU: KWSP 2%, Siaran World Cup oleh RTM dll

Contoh isu KWSP, kita tidak bincangkan berkenaan tanggungjawab suami itu melebihi 2% tetapi kita persoalkan ke mana dana tersebut dibuat dalam tempoh pengumpulan tersebut berlaku oleh institusi swasta (2% dari gaji suami dan RM50 dari Kerajaan setiap bulan).

Bukankah wang terkumpul tersebut akan menjadi keuntungan bagi pihak Kapitalis?

CONTOH 3:

AKAR: Wazirah Tafwidh
ISU: LGE jadi Menteri Kewangan, Peguam Negara dll

Wazirah Tafwidh merupakan kuasa pelaksana dasar atau dikenali dengan kementerian yang berkuasa penuh. Penentangan terhadap LGE dan Tommy Thomas bukan pada isu mereka kafir dan tidak boleh memerintah. Mereka boleh memerintah tetapi bukan pada jawatan Wazirah Tafwidh, mereka boleh memegang kementerian pada Wazirah Tanfiz.

Dalam soal perlantikan wazirah tafwidh, para fuqaha sepakat mengatakan bahawa ketua negara yang memegang wilayah ammah atau wilayah tafwidh wajibkan seorang Islam. Ketua negara atau sesiapa yang diberi autoriti atau mandat dari ketua negara sebagai wakil (mu’awin), adalah terlibat dan berkuasa secara langsung dalam pembentukan polisi dan dasar utama untuk seluruh negara dan berkuasa menentukan hala tuju sesebuah negara.

Dalam konteks Malaysia hari ini, wazirah tafwidh adalah melibatkan jawatan ketua kerajaan (perdana menteri dan menteri besar) dan menteri-menteri yang memegang portfolio dasar seperti kewangan, pendidikan, keselamatan, pertahanan dan seumpamanya.

Ada pun kuasa atau wilayah tanfiz atau khassah adalah para pelaksana dasar atau melaksanakan arahan ketua negara atau khalifah sahaja, di mana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir secara budi bicara, dan menurut sesetengah ulamak, jawatan wazirah tanfiz ini boleh diserahkan kepada orang bukan Islam.

Kementerian tanfiz adalah mempunyai kedudukan yang lebih rendah kerana mereka hanyalah pelaksana kepada dasar dan arahan ketua negara, dan tidak boleh menggunakan budi bicara dalam melaksanakan pemerintahan, tidak melantik ketua wilayah, tidak boleh mengarahkan tentera dan tidak boleh bertindak ke atas kewangan negara.

 

KESIMPULAN

Kita selaku umat Islam mesti celik dan tahu kaedah bagaimana nak respon terhadap isu-isu yang timbul bagaikan cendawan lepas hujan. Jika tersilap langkah, kita akan hanyut dengan isu-isu tersebut.

Masa pun banyak habis. Nak beramal ibadah lagi. Nak katanya komitmen kita selaku umat Islam itu banyak dan tidak terhad pada menghabiskan masa untuk respon isu-isu semasa sahaja.

Saya ingin tegaskan bahawa kita mesti mengenalpasti akar terhadap setiap isu, kemudian baru respon. Maknanya apabila dapat ja isu, kena tabayyun terlebih dahulu melalui meneliti pandangan pimpinan, ulama dll. Baru respon.

Respon isu mesti kena pada akarnya, barulah berkesan. Jangan jadi macam isu Peguam Negara sebelum ini, ramai yang respon pada YDP Agung tidak bersetuju. Sekali YDP Agung setuju, semua pakat2 jilat balik ludah mereka sebelum ini. Padahal akar isu tersebut ialah Wazirah Tafwidh sebagaimana saya jelaskan di atas.

 

Faris Mahfuz

 

Rujukan:
Wazirah Tafwidh: Kuasa Pelaksana Dasar Negara Islam; Mohd Fadli Ghani, Head House of Resources Pusat Penyelidikan PAS; 13 Januari 2018

Tinggalkan komen anda