AYAT 63: PAKATAN SYAITAN DAN DAJJAL

Oleh: Alang Ibn Shukrimun
3 Ramadhan 1441 / 26 April 2020

*SIRI 3 – DI BAWAH NAUNGAN AL-KAHFI; PERSIAPAN TENTERA AL-MAHDI (JILID 2)

Firman Allah SWT:

قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ ۚ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا

Budaknya berkata: “Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku terlupa hal ikan itu, dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan. Ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut dengan cara yang menakjubkan”.

Ibrah Akhir Zaman

Ini adalah ayat kedua di dalam surah ini menyebutkan berkenaan syaitan. Sebelum ini Allah nyatakan kisah pendek mengenai raja syaitan iaitu iblis pda ayat ke 50. Sebagaimana dijelaskan di atas (versi buku), syaitan terdiri daripada kalangan jin dan manusia adalah konco jahat kepada iblis yang menjalankan tugas untuk menyesatkan anak Adam sebagaimana sumpahnya dihadapan tuhan. Firman Allah SWT:

قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: “Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka (Adam dan zuriatnya) semuanya. [Sad:82]

Antara yang menjalankan tugas iblis di atas muka bumi ini adalah Dajjal. Jumhur ulama salaf dan khalaf berpendapat bahawa dia adalah manusia berdasarkan zahir hadis-hadis yang banyak. Dajjal adalah ujian terbesar yang akan dihadapi oleh manusia sejak diciptakan Nabi Adam AS. Sabda Rasulullah SAW:

مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ أَمرٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ

Tidak ada perkara yang lebih besar sejak daripada diciptakan Adam hingga berlaku kiamat selain daripada Dajjal. [HR Ahmad]

Bagaimana Dajjal boleh menjadi sebegitu jahat dan bahaya? Tidak lain dan bukan, ia adalah kerana iblis jua. Sesatnya anak Adam termasuk Dajjal adalah angkara iblis dan konco-konconya. Dajjal merupakan sebahagian daripada syaitan manusia yang paling bahaya.

Oleh kerana mastermind sebenar adalah iblis, maka tentulah dia akan mengerahkan segala kekuatan bala tentera bagi membantu Dajjal merealisasikan peranannya. Syaitan jin dan manusia akan bersama Dajjal sebelum, semasa dan selepas kemunculannya.

Sebagaimana hadis panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Tamim ad-Dari, Dajjal telah pun wujud di zaman Rasulullah SAW namun ia dibelenggu oleh Allah di sebuah pulau dan menunggu masa untuk dibebaskan. Kemampuan Tamim untuk berjumpa dengan Dajjal menjadi tanda bahawa manusia lain juga mampu untuk bertemu dengan Dajjal, walaupun masa keluarnya masih belum tiba.

Tentunya iblis telah mengetahui lokasi Dajjal. Boleh jadi dia memandu syaitan manusia dan jin lain untuk bertemu dengan Dajjal dan berkomunikasi dengannya bagi merancang strategi-strategi yang rapi untuk melicinkan proses keluarnya nanti. Boleh jadi juga iblis mengajar terus syaitan manusia dan jin dengan grand design kemunculan Dajjal tanpa perlu mereka bertemu Dajjal.

Kerjasama iblis dan manusia sudah berlaku sejak zaman Nabi SAW lagi. Di dalam sirah, kita lihat beberapa kali iblis berupa dengan rupa manusia dalam memberi cadangan untuk memerangi Islam. Antaranya kisah iblis berupa dengan manusia pergi ke Darul Nadwah dan mencadangkan pelan untuk membunuh Rasulullah.

Apa yang kita lihat hari ini sangat jelas berlakunya keselarasan antara manusia dan Dajjal. Tujuan zionis menakluk Palestin bukan sekadar ingin kembali ke tanah asal mengikut kepercayaan yahudi. Bahkan mereka terus gigih menuntut satu persatu kawasan strategik di sana termasuk Baitulmaqdis dan kawasan sekitar bagi projek perluasan negara haram Israel. Mereka juga merancang untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa bagi mendirikan kuil Sulaiman yang dipercayai bakal menjadi istana kepada pemimpin Yahudi yang ditunggu bergelar al-Masih / Messiah (Rujuk tajuk ayat 50; Illuminati, Freemason dan Zionis Sebagai Tentera Dajjal).

Keselarasan ini tentunya tidak akan berlaku tanpa perantaraan iblis. Apabila Dajjal telah muncul pula, dia akan bekerjasama dengan syaitan dalam menyesatkan manusia. Sabda Rasulullah SAW:

وَيَبعَثُ اللهُ مَعَهُ شَيَاطِين تُكَلِّمُ النَاسَ

Allah mengutuskan Bersama Dajjal syaitan-syaitan yang mampu berbicara dengan manusia. [HR Ahmad]

Juga Sabda Rasulullah SAW:

وإنَّ من فتنتِه أن يقولَ للأعرابيِّ : أرأيتَ إن بَعَثْتُ لك أباك وأمَّك أَتَشْهَدُ أني ربُّك ؟ فيقولُ : نعم ، فيتمثلُ له شيطانانِ في صورةِ أبيه وأمِّه ، فيقولانِ : يا بُنَيَّ اتَّبِعْهُ ، فإنه ربُّك

Antaranya fitnahnya, dia akan berkata kepada orang badwi: “Jika aku bangkitkan ibu dan bapa kamu (yang telah mati) maka adakah kamu akan mempercayai bahawa aku tuhanmu?” Maka orang badwi berkata: “Ya”. Lalu dua ekor syaitan berupa dengan rupa ibu dan bapanya lalu berkata: “Wahai anakku, ikutlah dia (Dajjal). Dia adalah tuhanmu”. [HR Ibn Majah]

Justeru pejuang Islam perlu menyedari hakikat ini. Manusia yang sedang membantu melicinkan proses keluarnya Dajjal adalah syaitan tentera Dajjal. Mereka adalah musuh sebenar yang perlu diperangi walaupun di kalangan mereka terdapat yang mengaku sebagai Islam. Mereka tidak boleh dijadikan sekutu sekali-kali walaupun berketurunan Rasulullah atau menjaga tanah suci haram sekalipun!

Nota:

*Bagi huraian yang lebih lengkap, nantikan jilid 2 buku Di Bawah Naungan al-Kahfi; Persiapan Tentera al-Mahdi.

**Bagi mendapatkan jilid 1, boleh ke link Shopee berikut:

https://shopee.com.my/product/136494605/6612839044?v=d19&smtt=0.0.3 (HQ)

https://shopee.com.my/product/35513597/7610802994?v=ae5&smtt=0.0.3 (Ejen)

Tinggalkan komen anda