ANTARA VAKSIN COVID-19 DAN MUKJIZAT NABI ISA AS

Oleh: Alang Ibn Shukrimun
15 Safar 1442 / 3 Oktober 2020

BBC hari ini melaporkan, jika vaksin COVID-19 ditemui sekalipun, kehidupan belum tentu akan kembali normal. Laporan daripada Royal Society DELVE Initiatives, badan kajian epidemik berautoriti UK menunjukkan walaupun lebih dari 200 pihak seluruh dunia sedang membangunkan vaksin, namun proses untuk mengembalikan kehidupan kepada hidup normal memakan masa bertahun lamanya.

Dr. Fiona Culley dari Imperial College London menambah, sejarah pembangunan vaksin sebelum ini penuh dengan siri-siri kegagalan. Prof Charles Bangham dari institusi sama mempersoalkan, bilakah vaksin yang efektif boleh dihasilkan,sejauh mana efektifnya dan berapa lama masa diambil untuk mengagihkannya.

Walaupun kerajaan UK optimis bahawa vaksin bakal ditemui hujung tahun ini dan mula diagihkan awal tahun depan, tetapi ramai pakar perubatan mencurigainya. Faktor sejarah, ekonomi, tenaga dan birokrasi menjadi penyebabnya.

Masyarakat moden yang berfikiran scientisme, berita ini tentu mengecewakan. Seolah sudah tidak ada harapan. Apa lagi solusi selain vaksin?

Namun jika kita orang beriman, berita ini sekadar persediaan mental untuk membiasakan diri dengan norma baharu. Manusia sudah perlu memikirkan untuk hidup dengan virus membunuh di sekeliling.

Adakah tidak akan berakhir sampai kiamat?

Ada penghujungnya. Sabda Rasulullah SAW:

ينزل عيسى ابن مريم إماما عادلا وحكما مقسطا فيكسر الصليب ويقتل الخنزير ويرجع السلم ويتخذ السيوف مناجل وتذهب حمة كل ذات حمة وتنزل السماء رزقها وتخرج الأرض بركتها حتى يلعب الصبي بالثعبان فلا يضره ويراعي الغنم الذئب فلا يضرها ويراعي البقر الأسد فلا يضرها

Nabi Isa AS akan turun sebagai pemimpin yang adil pemerintah yang saksama. Baginda akan mematahkan salib, membunuh khinzir, mengembalikan keamanan, menukar pedang kepada cangkul. Akan hilang penyakit setiap yang berpenyakit. Langit akan menurunkan rezekinya. Bumi akan mengeluarkan berkatnya. Sehingga bayi bermain dengan ular tanpa memudaratkan. Serigala mengembala kambing tanpa memudaratkan. Singa mengembala lembu tanpa memudaratkan. [HR Ahmad]

Perhatikan pada وتذهب حمة كل ذات حمة iaitu “akan hilang penyakit setiap yang berpenyakit”. Kehadiran Nabi Isa bukan sahaja membunuh Dajjal, tetapi menghentikan penyakit-penyakit yang menyerang manusia.

Adakah Nabi Isa akan hadir dengan vaksin? Atau dengan mukjizat baginda ia terhapus? Semua itu tidak dijelaskan. Namun kita tahu Nabi Isa sememangnya terkenal dengan mukjizat dalam bidang perubatan.

Firman Allah SWT menerangkan kepada Maryam sebelum kelahiran baginda AS:

وَرَسُولًا إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰءِيلَ أَنِّي قَدۡ جِئۡتُكُم بِـَٔايَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ أَنِّيٓ أَخۡلُقُ لَكُم مِّنَ ٱلطِّينِ كَهَيۡـَٔةِ ٱلطَّيۡرِ فَأَنفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيۡرَۢا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۖ وَأُبۡرِئُ ٱلۡأَكۡمَهَ وَٱلۡأَبۡرَصَ وَأُحۡيِ ٱلۡمَوۡتَىٰ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۖ وَأُنَبِّئُكُم بِمَا تَأۡكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لَّكُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman. [Ali Imran: 49]

Sebagai orang Islam, semua ini memberikan kita keyakinan bahawa kedatangan Nabi Isa bakal mengakhiri segala penderitaan ini. Cuma tidak boleh berpeluh tubuh sahaja. Benda ini tak akan berlaku secara kun fayakun. Orang Islam perlu berusaha merealisasikannya.

Firman Allah SWT:

إنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ

Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. [Ar-Ra’d:11]

Panjang ceritanya. Namun fenomena ini telah diterangkan secara lokasi dan kronologi. Untuk lebih memahaminya boleh rujuk buku Huraian Hadis Geoeskatologi.

Bagi langkah merealisasikan bantuan Ilahi, rujuk buku Di Bawah Naungan al-Kahfi.

Saya menulis bukan sekadar memenuhi hobi. Tetapi mengharapkan kesedaran orang beriman. Memohon supaya bertindak.

Yang dah miliki, mohon belek ya. Jangan biarkan di rak sahaja.

Yang belum miliki, boleh dapatkan di:

Geoeskatologi:
https://shopee.com.my/product/136494605/7515517589?v=425&smtt=0.0.3

Al-Kahfi:
https://shopee.com.my/product/136494605/4039806443?v=bfb&smtt=0.0.3

Tinggalkan komen anda