Antara Exodus , Al Hasyr Dan Kembalinya AL MASIH.

Antara Exodus , Al Hasyr Dan Kembalinya AL MASIH.

Palestin adalah bumi orang beriman sejak zaman berzaman. Bumi yang menjadi tempat tinggal para Nabi dan Rasul. Palestin menjadi destinasi Nabi Ibrahim bermukim setelah keluar dari tempat sesat Babylon yang menolak dakwahnya. Lantas keluar bersama anak saudaranya, Nabi Luth yang akhirnya membawa risalah ALLAH kepada penduduk Sodom. Nabi Ibrahim yang digelar sebagai Abu Anbiya’, kerana dari sulbinya lahir banyak Nabi dan Rasul dari keturunan Sam Bin Nuh, Nabi dan Rasul dari Bani Israel dan Juga Bangsa Arab.

Nabi Yaakub Bin Ishak Bin Ibrahim As. Bapa Bani Israel.

Surah Yusuf dalam Al Quran menceritakan bagaimana anak anak Nabi Yaakub seramai 12 orang melalui hidup dengan konflik sesama adik beradik. Gambaran awal sebahagian sikap orang beriman, Bani Israel yang boleh dibayangkan berlaku sehingga hari ini. Kedengkian kepada kelebihan saudara mereka, Yusuf yang masih kecil dan tidak berdaya, menyebabkan mereka sanggup melakukan pengkhianatan kepada saudara dan ayah mereka asalkan dapat mendapatkan kelebihan dunia, iaitu kasih sayang dan pengiktirafan mereka. Kebutaan terhadap dosa pengkhianatan dianggap boleh terhapus dengan mereka akan bertaubat kepada ALLAH selepas itu. Namun ALLAH maha merancang untuk segalanya.

Yusuf yang dibuang oleh pengkhianatan Saudaranya telah dimuliakan oleh ALLAH menjadi Pemimpin Mesir selepas melalui beberapa ujian. Namun kesemua ujian itu dihadapi dengan berpegang teguh pada tali ALLAH dan menyeru yang lain berpegang kepada Tali ALLAH. Kesabaran Yusuf dan rahmat Allah,mereka semua disatukan kembali sehingga semua berpindah dari Palestin dan mendiami Mesir.

Bani Israel Ditindas Di Mesir dan EXODUS.

Selepas berapa lama mendiami Mesir, dengan kealpaan pada ajaran ALLAH, akhirnya Bani Israel mengalami penghinaan dikuasai oleh Qibti dan raja mereka, FIRAUN. Bangsa Israel menjadi bangsa pekerja sehingga ALLAH utuskan kepada mereka Nabi Musa as dan Nabi Harun as. Selepas proses dakwah dan perjuangan yang panjang, akhirnya Nabi Musa diwahyukan oleh ALLAH untuk keluar daripada bumi Mesir menuju ke sempadan Laut Merah. Keluar beramai ramai dari Mesir itu disebut sebagai EXODUS dalam sejarah bible/injil yang telah diselewengkan.

Dalam penghijrahan keluar dari Mesir itu, Bani Israel dan Nabi Musa dikejar oleh tentera Firaun yang dikatakan sampai kepada 1 juta tentera. Bani Israel terselamat dan Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan oleh Allah dalam laut Merah. Namun keselamatan dan mukjizat yang dialami oleh Bani Israel, dilupakan mereka sendiri. Sehingga sanggup mengikut Musa As Samiri menyembah patung anak lembu yang ditiru dari budaya kabilah yang ditemui ketika selamat dari Firaun.

BANI ISRAEL Enggan Berjihad Ke Palestin.

ALLAH menyebut dalam Al Quran dengan mengerahkan Nabi Musa dan Bani Israel berjihad masuk ke Palestin melawan kaum Jabbarin. Namun Bani Israel menolak, akhirnya ALLAH menghukum mereka sesat di padang pasir selama 40 tahun. Malah dalam keadaan sesat di padang pasir, ALLAH mengurniakan mereka mann wa salwa sebagai bekalan makanan, itupun mereka sombong dan tidak bersyukur. Lantas terus ditimpa kepada mereka azillah (kehinaan) dan maskanah (kemiskinan). Semasa sesat itu, Nabi Musa dan Nabi Harun di matikan oleh ALLAH dan bertukar generasi. Quran mengkisahkan pula bagaimana selepas itu, Bani Israel yang kehilangan maruah dan kuasa mula merasakan mahu berjuang dan berjihad, lalu diminta kepada Nabi mereka supaya ALLAH melantik pemimpin Jihad bagi mereka. Maka ALLAH telah melantik Talut yang diberikan keluasan Ilmu dan jisim untuk memimpin Mereka.

Talut Memimpin 80 ribu tentera untuk keluar dan memasuki Palestin. Namun pasukan itu diuji sehingga tingga 4 ribu orang dan sehingga seramai 313 orang menurut riwayat dalam tafsir ibn Katsir. Tentera beriman yang sedikit itu akhirnya menang. Kemenangan itu akhirnya diwarisi kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman as. Sejarah kegemilangan Nabi Sulaiman diagungkan oleh Yahudi hari ini, namun diagungkan dengan cara salah dan ajaran yang salah.

Palestin Selepas Nabi Sulaiman as dan Serangan Nebuchanezar dari Babylon.

Yahudi yang bertempiaran hari ini mengaitkan bahawa pengusiran mereka adalah kerana penjajahan Nebuchanezar dari Babylon selepas kewafatan Nabi Sulaiman as. Maka, sejak pengusiran itu, Bani israel menunggu Nabi dan Rasul yang dijanjikan kepada Mereka untuk menakluk balik Palestin. Namun apabila muncul Nabi AKhir zaman, Nabi Muhammad SAW, ahli kitab , Bani Israeln Yahudi di sekeliling Madinah tidak beriman kepada Nabi Muhammad saw kerana Nabi akhir zaman bukan dari bangsa dan keluarga kabilah mereka. Mereka mengulangi sikap cemburu anak anak Nabi Yaakub as. Namun sikap cemburu kali ini menyebabkan mereka menolak ajaran Nabi dan kufur kepada ISLAM yang disempurnakan oleh Muhammad bin Abdullah saw.

Keengganan mereka mengakui bahawa Muhammad adalah Nabi akhir zaman, menyebabkan mereka mengadakan alasan lain untuk menunggu Messiah mereka yang akan membawa mereka kembali kepada Palestin. Namun setelah menolak ISLAM, tiada lagi Messiah atau al Masih yang ditunggu mereka melainkan Al Masih Ad Dajjal yang akan muncul di AKhir Zaman dan datang masuk ke Palestin untuk menyesat manusia manusia akhir zaman untuk meneman iblis dan syaitan di dalam Neraka.

Pengkhianat Yahudi dan AL HASYR (Pengusiran Nabawi).

Yahudi di Madinah mengkhianati perjanjian Dengan Rasulullah saw yang termetrai dalam Piagam Madinah. Mereka cuba membunuh Nabi saw dan menutup cahaya ISLAM. Dendam mereka memuncak. Akhirnya Mereka diusir dalam peristiwa Perang Bani Nadhir yang dirakam dalam Al Hasyr. Dalam surah AL Hasyr, mereka keluar dari Madinah sambil merosakkan rumah rumah dan tanaman mereka sendiri. Sifat dengki dan dendam yang dirakam oleh ALLAH tetapi merugikan mereka.

Sejarah Yahudi ini adalah sejarah umum yang diketahui kebanyakan Orang ISLAM dan Yahudi hari ini. KIta umat ISLAM meyakini khabar ALLAH dari Quran.

ZIONIS menguasai Israel dan Mahu Menjajah Palestin.

Zionisme yang mendirikan Israel hari ini adalah baki generasi Yahudi dan ahli Kitab yang mendendami ISLAM. Walaupun begitu mereka mahu percaya bahawa Palestin adalah milik mereka dan menunggu Messiah Akhir zaman. Mereka membina keupayaan dan kesungguhan mereka sehingga mampu Mendirikan kerajaan Haram Israel pada 15 May 1948. Hari Kebebasan Israel, tetapi pengusiran (Nakbah) kepada arab palestin.

Apakah Kemunculan kuasa Yahudi Zionisme Tidak disebut Al Quran?

Kemunculan semula Yahudi dan cuba mendakwa Palestin adalah tanah mereka telah diisyaratkan oleh ALLAH dalam surah AL Isra,

وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوًّ۬ا ڪَبِيرً۬ا (٤) فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَٮٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡڪُمۡ عِبَادً۬ا لَّنَآ أُوْلِى بَأۡسٍ۬ شَدِيدٍ۬ فَجَاسُواْ خِلَـٰلَ ٱلدِّيَارِ‌ۚ وَكَانَ وَعۡدً۬ا مَّفۡعُولاً۬ (٥) ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡڪَرَّةَ عَلَيۡہِمۡ وَأَمۡدَدۡنَـٰكُم بِأَمۡوَٲلٍ۬ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ أَڪۡثَرَ نَفِيرًا (٦) إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ‌ۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَا‌ۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأَخِرَةِ لِيَسُـۥۤـُٔواْ وُجُوهَڪُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ ڪَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا (٧)

Ayat 4-7 surah AL Isra ini menggambarkan Bani Israel diberi peluang oleh ALLAH dan mereka akan melakukan kerosakan dua kali di Palestin. Kerosakan pertama dita’wil ulama selepas kematian Nabi Sulaiman as atau pengusiran Yahudi dalam surah Al Hasyr. Kerosakan kedua adalah akhir zaman dan akan dihalau oleh Pasukan Orang beriman yang diketuai oleh Imam Al Mahdi. Pendapat ini dikutip dari Syeikh As’ad Bayudh At tamimi, bekas Imam masjid Al Aqsa.

Walaupun begitu, kita tetap percaya Umat ISLAM akan bangkit dan membebaskan Palestin atau kemenangan ke atas zionisme bila bila masa sekiranya kerja kerja iman dan amal soleh dilakukan.

Yang perlu dimuhasabahkan kehilangan Palestin kepada zionis (Israel) oleh umat ISLAM adalah bagaimana kita lemah kerana tidak menegakkan ISLAM. Kejatuhan Palestin dan pembebasan Israel oleh Zionisme adalah kesan Umat ISLAM yang tidak kembali kepada ajaran Quran sepenuhnya. Gagal memahami isyarat Quran sehingga ilmu dan kebijaksanaan bergantung kepada Barat dan Penjajah.

Kita lemah membaca Yahudi pernah membantu pasukan Ahzab menyerang ISLAM, dan gagal mengambil ibrah bahawa perkara yang sama dilakukan Zionis dalam membentuk Ahzab mencengkam ISLAM supaya lemah dan tidak mampu bangkit. Kita dipecah pecah oleh banyak kuasa besar dan sehingga hilang jati diri. Nakbah Palestin, perlu diingat sebagai ibrah dan tauladan supaya perlunya membina kekuatan Umat ISLAM dengan kembali sepenuhnya kepada Ajaran ALLAH dan dengan itu mendapat syarat kekuatan dan pertolongan yang dijanjikan oleh ALLAH untuk mengatasi musuh musuh ISLAM.

AHmad Hakimi Othman.
Ketua Pemuda DPPKS.
Pegawai Penyelidik PPP.
15 May 2017
18 Syaaban 1438H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *