Ahlus Sunnah Wal Jamaah Tanah Melayu dan Nusantara

Ahlus Sunnah Wal Jamaah Tanah Melayu dan Nusantara ( Assyairiah, Maturidiah dan Mazhab Syafii).

Kesemua yang beriman dan berilmu perlu melihat bahawa sememang dari segi sejarah, perkembangan ISLAM di Tanah Melayu dan Nusantara banyak berorientasikan Mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah aliran Assyairiah dan Juga mazhab Feqahnya adalah bertunjangkan Mazhab Syafii. Mazhab Assyaariiah ini sebati begitu lama dalam amalan masyarakat Nusantara. Maka hakikat sejarah ini perlu diakui apabila berinteraksi dalam masyarakat setempat. Dakwah dakwah yang berlaku dahulu sememangnya berorientasikan Mazhab Assyairiah dalam Aqidah dan Mazhab Syafii dalam feqah. Inilah mazhab orang awam yang ada.

Pengamalan dan Sejarah Difahami Untuk Disesuaikan Pendekatan Dakwah.

Apabila Dunia berkembang pesat,hubungan antara negara negara terjalin, seperti hubungan dengan Kerajaan Moghul DI India yang bermazhab Hanafi dan Maturidiah di Zaman Aurangzeb atau kerajaan Uthmaniyyah yang berpusat di Istanbul yang turut bermajoritikan mazhab Hanafi dan Maturidiah.

Dunia ISLAM berhubung dan pertukaran ilmu berlaku apabila kesemua umat ISLAM bertemu dan berjumpa di Mekah dan Madinah. Selepas suatu masa , benua kecil India termasuk Sindhi, afghanistan dan Pakistan, berlaku pengaruh dan perkembangan ilmu seperti Di zaman mujaddid Syeh Waliyullah Addehlawi yang menguasai Mazhab pelbagai mazhab dan juga mahir dengan ilmu hadis. Kebetulan, India dan nusantara sering bertukar barang dagangan, maka turut juga berlaku pertukaran ilmu dan sintesis ilmu ISLAM.

Maka akhirnya, Nusantara juga turut tempias menerima pengaruh mazhab lain yang datang ke Nusantara. Keturunan mamak india ,kebiasaannya bermazhab Hanafi dan boleh dikenali sehingga hari ini. Manakala perkembangan Islah dan tajdid di Jazirah Arab, Mesir, India membawa pula pengaruh ruh tajdid dan Islah ke Nusantara.

Perkembangan perkembangan yang berlalu sepanjang sejarah perlu diketahui supaya kita memahami perkembangan ISLAM di negara ini. Dari aliran mana pun kita, selagi dalam lingkungan Ahlu Sunnah wal Jamaah, maka seharusnya cubalah memahami situasi dan bergeraklah dalam masyarakat untuk menyelesaikan masalah, bukan menambah kekeliruan kepada ISLAM.

Mazhab Feqah yang ada, ada empat. Yang masyhur di sini adalah Syafii, maka hormati keadaan dalam waktu ingin membuka minda dan dakwah. Mazhab Akidah pula, berlaku perkembangan yang tidak mudah ditanggapi dengan emosi semata mata, kerana ada perbezaan pada metodologi tauhid seperti sifat dan rukun tauhid. Ada Mazhab akidah juga berbeza pada metodologi menafsir atau mentakwil ayat ayat mutasyabihat dalam Al Quran dan Hadis.

Mereka yang beriman dan berilmu perlu memimpin ke arah ISLAM yang memberi penyelesaian kepada kehidupan. Bukan menambah kekeliruan zaman yang penuh dengan bermacam macam godaan dan cabaran seperti hari ini.

Ahmad Hakimi Othman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *